Pages

Thursday, January 20, 2011

cakap-cakap sampah


am I?
who cares?
I don't
;p

tetiba ek muka Greg House kat situ T_______T hohoho eh hye bloggers and readers ;pp phew what a weekdays for me. as usual hari yang ditunggu-tunggu setiap minggu pun datang. weehu hari ini sudah 20hb. cepatlah 31hb so masa tu gaji masuk ;) saya amatlah sengkek sekarang seperti kais pagi makan pagi kais petang tak berapa nak kais gak ah. tadi pun sudah selamat hari ketiga berpuasa nazar. Alhamdulillah saya harap pasni lepas lah saya berpuasa 7 hari. selepas itu fokus kat puasa ganti hihi.

hemm selepas balik daripada trip KL-Bangi-Shah Alam, sekali lagi hati saya diuji. penat tauuuu mak nak hadap. penattttttttttt. aihhhh. maybe ini dugaan untuk saya berfikir sejenak kenapa mengapa dan kenapa. bermuhasabah diri kenapa lah selalu masalah ini membebani kepala otak saya? benda lain smooth and silky je tapi bila bab cintan cintun nih huihhhhh tak indah langsung. kalau indah tu pun maybe ada kepura-puraan disebalik moment tersebut. entah. pakai main cakap je. manusia ini kan semua hipokrit ;)

lately tak dapat focus kat kerja. adoi buat salah aje sampai kena tegur dengan marketing and superior. kalau camni berterusan, camno eden nak naik pangkat? uhu. tak boleh jadi ini. cukup lah dengan silly mistake dalam bekerja yang boleh menjatuhkan prestasi saya untuk naik pangkat. enough is enough! lambat laun kena juga deal benda yang remeh temeh ni. yes remeh temeh.

best betol dapat meluangkan masa yang BERKUALITI dengan my best friend tadi. really appreciated what we have thought and said. nampak kat situ ada pemikiran yang sama. good. itu kot namanya soulmate. dah lama kot tak spend masa bersama and having a dinner. actually dinner bagi dia tapi bagi saya berbuka puasa ehe. eventhough kami bekerja dan agak busy tapi tetap spent masa bersama to talk about things. bukan sekadar lepak membuang masa huu haa huu haa tanpa hala tuju. totally buang masa dan duit juga. yelah air kosong pun kena caj 20 posen maa sekarang. baik bawa bekal air masak je dari rumah nak jimat. kan kan kan?

****

since semalam saya serabut. serabut dan totally annoying dengan anasir jahat yang bermulut puaka bajet diri tu bagus sangat sampai nak mempersoalkan siapa nak gali kubur aku? wah guna perkataan AKU? baru nama hiperbola. nampak rare sket kan? okay saya nak tulis perkataan aku. nampak kasar kot tapi bukan biadap. aku tak suka membiadapkan diri kat orang lain. biar orang lain biadap dengan aku tapi jangan aku jadi orang biadap macam mereka. orang biadap ni biasanya ada otak tapi letak kat tumit kaki. rendah sedikit daripada kepala lutut. got it?

actually aku takde masalah pun dengan si dia. serious. takde pun masalah. putus dengan cara baik. baik lah daripada side aku tapi tatau lah daripada side dia. camne dia nak handle all this shit kan? tapi si dia cakap okay, sudah move on and what so ever *benda yang positif* so aku anggap benda ini pun sudah settle. tapi bagi aku take time juga lah since benda ini baru je berlaku so tak boleh nak berjumpa as a friend macam biasa. kena bagi masa kat diri sendiri. aku tak reti nak tipu or being faked to myself just to please the others. tapi dalaman? sakit bai sakit. aku belajar daripada pengalaman lepas so lets take it easy. pape pon between us aku tak pernah reveal kat wall Facebook ke dalam blog ke apa kan sebab aku tahu benda ini private. tak payah nak heboh sekampung.

sampailah semalam... aku discovered something new. wow. best betol nama kena petik kat WALL orang lain. dahla orang lain itu adalah manusia yang bermulut puaka tak sedar diri. eii siapa entah sanggup berkawan dengan dia. aku ni pun tak sanggup. cuma adalah satu masa dahulu BEING FAKE *oh so terpaksa* sebab kesian kan kat dia takde kawan nak hang out bersama. tetiba lak terajak sama balik naik flight yang sama. entah macam mana aku baik hati masa tu. oh well aku ni kan memang baik hati sampai orang boleh pijak kepala kaw kaw baru nak bertukar menjadi hati batu. erk sambung perenggan seterusnya...

weh aku tak kisah kalau si dia nak petik nama aku kat WALL SENDIRI tapi bukan orang lain. sekali petik boleh lah tahan bai tapi kalau dah dua kali petik? itu sudah melampau daripada pembacaan komentar manusia yang bemulut puaka tu. aku pun ada juga maruah. kau ingat sesenang macam tu je aku nak maruah aku kena pijak kena main dengan manusia jenis camtu? si dia pun bukannya nak backup aku ke apa. takpe lah if he choose to BEING FAKE AND HYPOCRITE PERSON in front of his friend, go on beb. just to please him? aku tak kisah cuma aku sedih. depan lain belakang lain. egois maybe? siapalah manusia bodoh dalam dunia ni nak mengaku dirinya seorang yang ego? aku pun tak nak mengaku diri aku ego.

masa untuk berhati kering
berhati batu
no more tears for you

if being fake dapat menggembirakan hati si dia so go on. I know how you feel. I just don't care, anymore. oh sambung penceritaan. maka berlaku lah titik detik drama free di Facebook *bak kata si dia sebab si dia seronok jadi penonton pada masa tu* tapi siapa yang start? bukan aku. siapa entah yang menjaja dirinya single kat manusia yang bermulut puaka tu. dah tau manusia tersebut tak suka aku, pernah jaja cerita buruk kat aku, yang pergi tulis kat WALL dia apehal? cakap takde niat. bullshit! itulah niat sebenarnya dalam hati. kalau takde niat tak buat. kekadang manusia yang emo lebih ini suka bercakap tanpa fikir deep down inside apa orang lain fikir. reti tak? cakap pakai otak kepala lutut bukan otak di kepala.

"Always put yourself in the other's shoes,
if it hurts you, it probably hurts the others too"
- Anonymous

aku tak pernah nak anggap diri aku ni betol ke apa yang aku buat. tapi manusia yang bermulut puaka nak sibuk kat hal aku kenapa? dah takde kerja lain ke? nak sangat jaga tepi kain aku? meh aku bagi kau masuk dalam kain aku. nak? jangan lah jadi kepochi sangat bai. kau tu lelaki. kalau perempuan aku tau lah memang perangai jenis busybody. dah kalau nama lelaki nak kepochi dan busybody tu lain cerita. aku kalau boleh memang tak ingin nak terjah WALL kau tapi masa tu perasaan amarah *ini semua salah setan* tengah membuak-buak. bagi aku kau takde hak nak bercakap semua itu sebab kau tatau hujung pangkal cerita jadi jangan nak jadi hakim kat sini. kau tak layak. aku pun tak layak. yang layak hanya Allah SWT.

aku terpaksa defence diri aku sendiri. ini maruah aku bai. dah kena pijak takkan taknak kutip balik. seburuk mana pun maruah kau kena pijak, kau memang kena kutip balik sebab itu harga diri kau *peringatan untuk diri sendiri* biarlah kat sini nampak aku loser ke apa yang penting aku tau apa yang aku buat. kat sini takde sesiapa akan berada pada side aku. aku sedar hal itu. aku tak takut langsung. ptuihhh. cakap-cakap sampah je semua ni. adoi. menyesal lak menjadi terlalu kebudak-budakkan di dalam drama free di Facebook ini. annoying ke tak bila aku cakap masa kat Akhirat nanti memang kau akan backup diri sendiri? sebab itu realitinya. sampai bila nak bergantung harap pada kengkawan yang KONONNYA SETIA DAN AMBIL BERAT. poyo lebih. semangat kengkawan? heh. jenis tak berpijak pada realiti memang macam tu.

pastu tetiba nak emo. siapa entah pencetus kat sini. nak cakap meletup kau. meletup aku tak kira? tau tak betapa hancur hati aku bila si dia berkasar dengan aku. semarah-marah aku, tak pernah cakap kasar dengan si dia. well, maybe itu kot true colours about him. everybody had one. aku pun ada. cuma tatau kat mana wahahaha ;pp belum diaplikasikan kat orang lain. ekceli tak reti nak marah-marah ni. cuma tahu sedih je sob sob sob. aku tergamam dengan statement si dia. ungkit benda yang lepas? dengan MI. sorry to say here. macam celaka. aku tak pernah nak ungkit kisah lama si dia, yang pergi ungkit kisah aku apehal? okay nampak SANGAT TAK MATANG KAT SITU UNTUK HANDLE SITUASI DAN EMOSI. lelaki memang suka bercakap guna kepala lutut.

aku sangat pantang orang nak ungkit hal lepas-lepas. aku TAK PERNAH ungkit-mengungkit ni so tak payah lah nak petik nama MI kat dalam sesi luahan emosi or luahan amarah. maybe si dia teremosi lebih kot? biasalah dah meletup or hampir meletup. dunno. jangan tulis ikut sedap hati macam terbaik sangat terbagus sangat or poyo bagus. eh tak matang lah serius tak matang. aku kaku. pehhh sedap betol petik. at the same time sedih teramat sangat. hati memang sudah hancus berderai pun. aku senyap je lah tak reply pape dah kat comment WALL manusia yang bermulut puaka ni. just sent him one sms to let go all the things. serabut gak fikir tapi nak buat macam mana life must go on...

from now on I don't care. just want to say, sila cermin diri itu, bermuhasabah diri kita berada di mana. aku tak cakap aku ni betol. takde pun. cuma terasa diri ini tidak bersalah at the first place tapi disebabkan emosi jantan-jantan yang kurang stabil dan tidak matang ini membuatkan diri ini nampak bersalah. well, that is life. manusia tak pernah puas. cliche. sifat DENGKI dan DENDAM tu still ada dalam diri masing-masing meskipun diri tersebut berlagak atau poyo baik. erkkkkkk.

aku tulis entry ini untuk melepaskan segala apa yang terbuku di dalam hati. jadi khas untuk si dia: aku tak pernah mengaibkan kau kat wall Facebook *but you just did to me kat wall orang lain lak tu terbuakkzzzz yeahh tepuk tepuk* aku tak pernah mengaibkan kau kat blog. ini blog aku. memang ikut suka apa yang aku nak tulis tapi aku tau ada batasannya. aku tak pernah menjadikan blog aku ini sebagai medium untuk mengutuk orang. who cares? I don't even give a damn lah. cuma kekadang ada beberapa insan yang terlebih concern pasal aku, of course lah aku akan tulis dalam blog ini kan. to fire back. to get back my dignity. memang orang cakap silence is ignorance tapi kalau orang sudah sampai mencaci, mengeji, mengutuk kat tempat public? siapa tahan bai. kalau setakat inbox aku tak kisah. furthermore, kau pun kenal aku semasa aku ni sudah bergelar blogger. jadi KAU MEMANG TAKDE HAK LANGSUNG untuk mempersoalkan apa yang aku nak tulis kat blog aku. kau kan ada blog so tulis lah apa yang kau nak kat blog kau tu. sekian...

pehhh lega betol dapat meluahkan perasaaan yang terbuku di hati saya. ehe back to normal. perasaan saya? biarkan saja mereka dengan dunia mereka. tak layan lah cakap-cakap sampah ni. wowwww dalam entry ini banyak sarcasm woo. siapa nak terasa dipersilakan. yang penting sekarang saya takde nak petik nama sesiapa di dalam entry kali ini. siapa yang makan cibai eh silap cabai, dia lah yang terasa pedas. ye dop? saya memang seorang yang sabar tapi kesabaran saya ada batasannya.

maybe saya selalu diuji hebat olehNya di dalam bab persahabatan dan percintaan. sebab dalam hal ini boleh membuatkan saya lebih matang dan berhati-hati untuk kenal siapa sebenarnya lawan dan kawan. redha jelah... saya tidak pandai nak berhipokrit ini atas dasar taknak hilang kawan ke or whatsoever. kalau saya cakap saya tak suka si polan, memang saya takkan tegur. pergi mampus lah dengan si polan tersebut. hidup saya tak terganggu sedikit pun. saya suka terus terang. maaf, bagi sesiapa yang rasa saya ni cakap macamlahdiriakunibagussangat memang tak dapat terima. saya cakap direct. memang sakit tapi tu yang sebetul, sejujurnya. tak perlu nak tadah lebih-lebih just to please someone or to get a benefit from someone. oh! everybody loves compliment. siapa je kan taknak dengar? hahahahaha *saya comel*

ini entry serius dan memang akan sentap hati kepada sesiapa yang berkenaan. selepas ini saya memang takkan ungkit dah sebab benda dah lepas kan. just nak lepaskan kat blog je. aha. emosi lebih ;pp I am now learning how to write my hurts in the sand, and to carve my benefits that I get in stone. when someone hurt us, we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. but when someone does something good for us, we must engrave it in stone where there is no wind can ever erase it. saya selalu berdoa agar minta dijauhkan dengan sifat mazmumah dan didekatkan dengan sifat mahmudah...

tadi saya tulis kat wall Facebook: you hurt me once. you hurt me twice. you will never get my forgiveness. sekarang saya tarik balik apa yang saya tulis but remember this: it is easy to forgive but not to forget. it doesn't mean I still hold the grudge but it will takes time to erase all the perfect nightmare that just happened. it is not easy to be me. saya pun taknak hidup di dalam dendam ni nanti kelak memakan diri sendiri. biarlah luka ini sembuh sendiri. tak perlu nak gembar gemburkan yang saya sudah move on or sudah okay. biar diri sendiri je yang tahu.

maybe si dia patut dengar kot kata-kata seseorang berfalsampah:
"Usah bermain dengan api, kelak membakar diri"


erkkkkk.
terasa ke?
adeh siapa stalker siapa ni?
;pp

wahh betol-betol hati kering
('-')


good nite!


xoxo


entry penuh emosi dan panjang!