Pages

Monday, July 23, 2012

salam Ramadhan 1433H


hye and Assalamualaikum to all  bloggers and readers. as usual saya sudah lama tak hapdate hihi. busy as usual. minggu lepas kena turun Shah Alam 2 hari untuk meeting for product briefing. di samping melawat shopping complexes yang ada Brands Outlet ; Setia City Mall, Ikano Power Centre, Sunway Pyramid dan Paradigm Mall. penat tu toksah cakap lah.

saya tak wish lagi selamat menyambut bulan Ramadhan kepada you olls :) ayat gediks sket hihi. pada kesempatan ini *sempat lagi hapdate 10 minit sebelum waktu berbuka* saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada bloggers and readers. bulan Ramadhan ini adalah bulan yang paling diberkati-Nya jadi sama-samalah kita merebut peluang yang ada dalam masa sebulan ini untuk beramal ibadat kepada Allah. 

tingkatkan usaha untuk beribadat terutamanya solat sunat. kalau nak pergi solat terawih, alang-alang dah sampai ke masjid, buatlah solat sunat tahiyatul masjid. pastu mesti buat solat sunat rawatib. selepas solat sunat terawih mesti ada solat sunat witr kan? :) simple as that. pastu sebelum sahur tu bangun lah awal sedikit untuk solat sunat tahajud. memula mesti rasa malas tapi lama-lama in sya Allah sudah rasa terbiasa. tidak dilupakan solat sunat dhuha sebelum azan Zohor ;)

marilah sama-sama kita audit diri sekarang. if not bila? ini mungkin Ramadhan terakhir kita. Kematian itu pasti tapi tidak pasti bila. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya. kalau sebelum ini sudah terbiasa gosip dengan kawan-kawan, apa kata tinggalkan seketika. untuk selama-lamanya lagi bagus. tenangkan hati dengan zikrullah dan bacalah ayat suci Al-Quran. kalau tak mampu baca, dengar bacaannya pun sudah dapat pahala. easy as ABC right? :)

hihi nak berceloteh panjang kang ada orang cop saya ustazah blog lak. dulu ke cop ustazah fb =p sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan berbukalah dengan besederhana. sesungguhnya Allah suka dan sayang dengan hambaNya yang kekal tawaduk dan qana'ah ke atas rezeki yang diperolehinya...

selamat berbuka
oh ya ini nasi ayam penyet
lokasi di tepi Tasik Shah Alam
:)


xoxo



salam Ramadhan

1 COMMENTS:

Anonymous said...

salam ramadhan sha :)

-fara-