Daisypath Anniversary tickers

Pages

Tuesday, September 1, 2009

tangisan "priceless"


bismillahirrahmanirrahim...

entri saya pada kali ini bukanlah hendak menunjuk tetapi moga-moga boleh mendapat iktibar daripada kisah saya pada kali ini.

alhamdulillah... saya masih lagi berpuasa penuh pada bulan ramadhan al-mubarak ini. mudah-mudahan puasa saya diterima olehNya. saya sekarang tengah merajinkan diri untuk pergi menunaikan sembahyang terawih di masjid. pada bulan ramadahan kali ini jugalah kali pertama saya menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat sebelum dan selepas solat dan juga solat sunat witir. saya rasa betapa jahilnya diri ini kerana terlalu memandang enteng kepada solat sunat. saya hanya melakukan yang wajib sahaja. bagi saya itu sudah cukup untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim...

saya sudah lama tidak menyentuh al-quran. apetah lagi membacanya. cukup sekadar membaca surah yasin pada malam jumaat mahupun mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran melaui radio, televisyen dan cd. tetapi pada bulan ramadhan kali ini, kali pertama saya membaca al-quran selepas menunaikan solat subuh pagi tadi. saya memulakan bacaan al-quran saya dengan surah al-baqarah. tanpa disedari, air mata saya mula jatuh menitis. saya menangis teresak-esak sambil membaca satu persatu ayat di dalam al-quran. ya Allah, betapa lamanya hambaMu ini tidak membaca al-quran. saya sedar diri ini telah berdosa besar kerana mengabaikan al-quran sebagai amalan kehidupan seharian saya. saya merasakan diri ini sangat kerdil dan hina disisiNya. cukupkah amalan saya selama ini untuk menghadapNya? dan menjamin diri ini masuk ke dalam syurgaNya? alhamdulillah pada hari ini saya berjaya membaca sebanyak 4 muka surat al-quran meskipun saya masih lagi tergagap-gagap untuk membaca dalam bacaan yang betul daripada segi hukum dan nahu.

saya mengaku. saya bukanlah manusia yang sempurna. tetapi saya tidak pernah lupa untuk berdoa kepadaNya agar diberikan petunjuk dan hidayah daripadaNya supaya saya dan si dia tidak tergelincir daripada titian hidup untuk meneruskan kehidupan yang tidak lekang daripada gangguan syaitan dan iblis. saya mengaku saya kadang-kadang terlalu leka dalam kehidupan ini. mudah-mudahan Allah merahmati kehidupan yang saya pilih dan jalani sekarang.

ya Allah. mudah-mudahan Engkau terima segala ibadat yang telah aku kerjakan hanya untukMu. segalanya untukMu. amin...



xoxo


:)

0 COMMENTS: