Pages

Monday, February 18, 2013

3 bulan selepas


hai dan Assalamualaikum kepada semua. firstly, azam baru saya sudah ke laut. kenapa? sebab dah lama tak update blog haha (--'') banyak entry tak terbuat dek kerana kesempitan masa. biasalah selepas kahwin, suami menjadi keutamaan di dalam setiap perkara. sebagai seorang isteri yang solehah (amin), saya kena memastikan setiap hari dia bekerja, pakaiannya digosokkan bagi rapi dan perutnya terisi dengan makan dan minum tapi saya takde lah masak sangat pun. terima kasih kepada encik suami kerana memahami pekerjaan isterinya. in sya Allah lagi sebulan seminggu je nak macam ni :)

ini bukan entry merujuk kepada Monday Blues. saya takde pun istilah tu sebab off day saya pada hari Isnin muahahaha. dah tau hari Isnin paling liat untuk bekerja so saya apply nak off day hari Isnin siap-siap. amacam bergeliga tak otak saya? hihi. semalam, 17hb merupakan "monthly-versary" yang ketiga. amin semoga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga. cepat betul masa berlalu tup tap dah 3 bulan berkahwin. rasa tak percaya pun ada. rasa amazing pun ada.

rasa ini adalah entry terpanjang pada tahun 2013 selepas berkahwin haha. okay back to my story just now, rasa amazing pun ada sebab dah berkahwin. ini rezeki saya, mungkin. tak sangka pun ada dapat berkahwin pada tahun 2012 umur 26 tahun. sebab sebelum tu target kahwin umur 27 tahun atau takkan berkahwin langsung since hati saya sudah tertutup. wah gittew. tapi jodoh adalah rahsia. sangat indah. tapi kematian pun adalah rahsia. sangat menakutkan. kesimpulannya, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. kita merancang, Allah menentukan. kun fayakun.

kisah cinta saya dan encik suami pun simple je. nak kata bercinta selepas berkahwin pun tak juga sebab bercinta juga sebelum berkahwin haha tapi takdelah asyik sangat macam zaman muda mudi dahulu. how I met him? di dalam Facebook (sila lempang diri ini) haha di dalam media social juga bertemu jodoh. ingat lagi dia add saya 11 Januari 2012, saya jarang approve orang yang saya tak kenal tapi tengok profile picture masa tu si dia berlatarbelakangkan London Bridge (ehem boleh tahan mamat ni) haha! materialistik berlaku di situ =p pastu makin rapat since saya ber-bbm dengan dia (sebab dia juga saya beli blackberry). orang cakap benda baik ni dipermudahkan dan diizinkan Allah, kan? hubungan makin rapat dan decide nak pergi kursus kahwin pada bulan April 2012. seems rushing kan?

well, Allah's plan is the best no matter what. keluarga masing-masing sudah pun memberi restu dan dipermudahkan perjalanan kami so pada 16 Jun 2012 saya dan encik suami mengikat tali pertunangan. masa ni tak confirm lagi nak menikah bila but I knew my father very well. dia takkan bagi ikat tunang lama-lama since kejadian 2010 berlaku. bincang balik dan tarar confirm tarikh 17 November 2012 kami diijabkabulkan dan hari tu special sebab birthday Abah :) benda baik Allah akan permudahkan, trust me. dan pihak perempuan pula janganlah meletakkan wang hantaran yang tinggi sangat hihi. nasib baik famili saya bukan macam, Alhamdulillah! dah jadi suami dah pun (sekarang ni tengah rindu kat dia, baru je dia bbm) hahahaha mengada betei statement anda =p

"Do what you love, leave what you hate"

saya suka quote di atas. merujuk kepada diri sendiri barangkali. tahun 2013 saya rasa agak sukar bagi saya tapi in sya Allah jika niat yang baik, akan saya teruskan juga. rezeki kita taktau Allah nak bagi setakat mana. oh yes, kepada yang meneka, I'm not pregnant yet. saya stress juga sebelum ni nak menjawab tapi kalau dah hari-hari duk hadap soalan yang sama, mesti dah get bored kan? doakan agar saya dan encik suami dapat memiliki anak sendiri, one day. back to the quote, above. dulu saya suka pekerjaan sekarang but then mood sudah ke laut. banyak sebab dan alasan kenapa saya sudah tidak begitu menyukai atau mencintai apa yang saya lakukan. nekad dan tekad, bulan Mac 2013 adalah bulan terakhir saya bekerja sebelum menjadi penganggur kehormat ataupun suri rumah sepenuh masa (ai laike!)...

saya stressed, depressed and whatsoever words that can describe "stress". so the best way is I resign and see what the other world can offer me after this. saya yakin rezeki itu ada. bukannya saya takde apply kerja lain, ada je cuma rezeki tu takde. as for example last year in June 2012, saya dipanggil untuk temuduga menjadi pensyarah di Uitm Jengka. means I get a chance to further my studies in Phd. but sad, mock teaching saya macam naharom (sorry for bad word). thanks to my flu and fever, takde suara nak bercakap dan muka pucat memang macam orang sakit haha and lack of presentation. like hello? last minute kot? pagi Ahad dapat sms stated that I was selected to come over to Uitm Jengka for mock teaching next day. crazy huh? nasib baik masa tu encik tunang (sudahpun menjadi suami) teman saya dan memberi semangat. thank god we are married now! :)

oh yes tak dapat pun 2nd stage. hurm masa tu memang down gila sebab dah tau present teruk pastu dengan tak dapat 2nd call so pepaham jela ye? but then he said "bukan rezeki awak, Allah Maha Mengetahui." sad but still life must go on. and now yeah Allah has the best plan, the best planner after all. saya difahamkan calon yang sudah lepas 2nd stage sampai sekarang tak dipanggil lagi untuk last interview sebab Uitm dah freeze pengambilan pensyarah baru. sebabnya tataulah, hanya Uitm je yang tahu. kalau saya lah, mesti double frust. macam kena tipu pun ada. ada kawan saya seorang ni dah berhenti dah jadi pensyarah kat situ dan Alhamdulillah rezeki dia, boleh fly tahun ni sambung Phd under USM. see? Allah Maha Mengetahui...

stress juga fikir pasal duit selepas resign ni. I have to struggle and juggling to manage my own financial management since encik suami je yang akan menanggung kami. takde dah nak beli barang kehendak dan just keperluan sahaja. I hope this is not permanent. tak sanggup nak melihat encik suami bersusah sebab diri sendiri. saya tak kisah pun kerja pape tapi biarlah rasional and logic. environment pun nak kena okay. ni kalau nak hadap environment yang stress pun diri yang positif akan bertukar menjadi stress. contoh? saya lah tu. kesian encik suami selalu bagi pinjam bahunya kat saya untuk menangis dan merintih. if single I think I would not mind tapi dah kahwin so pemikiran pun lain. dalam hati nak kerja yang office hour and free in the weekends. bagi saya dah tak sesuai seorang isteri nak bekerja shift meskipun suaminya faham...

okay part atas tu saya membebel pasal kerja. hehe diizinkan tuhan, saya hantar minggu ni. fuhh rasa beban kat atas bahu dan tengkuk ni serta merta takde. I am free walaupun kena kerja sebulan sebab wajib bagi notis sebulan. so before I resign, I will make sure yang nama saya masih baik meskipun nak berhenti. dan akan habiskan saki-baki cuti tahunan sebanyak 6 hari. just nice! akan cuti untuk pergi ke wedding kengkawan. kesian kat dieorang ni, pergi wedding saya tapi saya tak dapat pergi ke wedding mereka :'(

my plan? slow-slow cari kerja baru sementara ada masa ni. ada juga tengah menunggu interview kalau resume saya terpilih. nak generate income lebih, saya akan ambil photography job kalau ada request from my future client. yang saya tahu, saya berusaha disamping berdoa dan jalan terakhir adalah tawakal. saya berpegang pada "do what you love, leave what you hate" - hobi saya adalah photography and blogging. quite a long time juga saya tinggalkan dunia blog. masa kat Jepun tu mencanak lah juga adrenalin nak update sebab nak sharing story dengan readers tentang kehidupan saya di sana. pastu balik Malaysia, boring haha! so starting from now, slowly I will start update again. thanks to the readers yang selalu blogwalking kat blog ai ni :) banyak gak entry yang tak terlaksana - my wedding and honeymoon review and my best friend's wedding. weehuuu!

print screen ber-tweet dengan akiss
famous blogger dia ni 
:)

apart from blogging, I think I will get active again with photography before I am getting pregnant one day. sebab bila dah pregnant ni susah kot nak ambil gambar tertonggeng sana-sini. nanti saya update balik gambar kahwin yang saya pernah tangkap tapi tak update kat blog haha satu je sebab, malas =p kalau rajin nanti akan terbit blog khas pasal photography. still guna trademark yang saya shahira.photography and still being an amateur photographer. I don't mind as long as there is someone out there who is appreciated my photos and skills :)

and always have a backup plan. hmm thinking of if I am not getting any job, I will further studies abroad. dah dapat dah pun offer letter but of course unconditional letter since there are a lot requirement I have to submit before proceed. dua benda je yang penting sekarang; duit dan IELTS haha! Alhamdulillah senang je permohonan saya ke University of Strathclyde, Scotland diterima masuk dan kalau berjaya mengatasi segala-galanya, September 2013 saya akan berangkat pergi seorang diri. encik suami terpaksa saya tinggalkan sekejap kerana beliau boleh ambil cuti 5 bulan je tanpa gaji. not more than that :( saya berharap sangat agar permohonan saya either for scholarship or loan will be accepted on certain conditions since saya sudah ada MSc. oh yes, saya apply for MSc. in Environmental Health. berharaplah after graduate nanti senang dapat kerja as a lecturer either in IPTS or IPTA. if not, semput juga nak bayar weh kalau loan (-_-)'' 

panjang kan entry kali ini? yes, 3 bulan selepas perkahwinan. ranjau yang kami lalui sekarang taklah berduri sangat hihi. just time and money constraints je but then saya bersyukur kerana Allah pinjamkan saya seorang suami yang sangat memahami isterinya dan saya sayangkan dia sampai mati. pinjamkan saya si dia sampai mati. encik suami adalah tulang belakang saya sekarang, kawan baik tepuk tampar sedih gembira, he promised me that he will never leave me, here alone.

see you next entry, nak jemur kain sebelum hujan.

Sha.

5 COMMENTS:

ddJaafar said...

yay.ada entry baru!

haha.jalan cerita yg sama je dgn life akak.berkawan & bertunang dlm masa yg singkat.tuptup kawen.tapi macam sha masih lg nk further study.

rezeki akak,kawen terus lekat.maka,takde la sebarang perancangan lain selain dari beranak,beranak dan beranak.hahaha..

good luck sha.semoga sentiasa berbahagia.

Anonymous said...

kesian encik suami selalu bagi pinjam bahunya kat saya untuk menangis dan merintih. if single I think I would not mind tapi dah kahwin so pemikiran pun lain.

sepatutnya time kahwin la boleh pinjam bahu. sebelum kahwin kalau dependent sangat pun rimas. sepatutnya mesra lebih2, manja lebih2, kongsi lebih2 selepas kahwin, betul tak? ehehe

Anonymous said...

heheh u missed my point there.

yeah mmg nak bermesra dengan semesra habis selepas kahwin.
tapi kita juga sbg isteri akan fikir takkan sesekali membebankan suaminya.

saya and husband always sharing and caring each other.

tak perlu nak war2kan satu dunia macam mana saya dan dia bermesra :)

and one thing you should know about me: i'm independent woman, always.

betol lah tu.. dependent pun merimaskan.

sha ^_^

fikiranterbuka said...

TAHNIAH Tuan punya BLOG !!
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN....
harap-harap anda tak berpakaian KETAT di TEMPAT AWAM ketika HONEYMOON....pakaian itu hendaklah LONGGAR (terutama di pantai), ingatlah SAUDARI TUAN PUNYA BLOG, Jangan pakai seluar yg KETAT / LEGGING..jangan ciptakan dosa untuk SUAMI anda..SAYANGILAH BELIAU.

Anonymous said...

tolong shaaaa..

update blog:)