Pages

Friday, June 14, 2013

up-to-date about me :)


hai dan Assalamualaikum. sudah lama saya tidak update blog kesayangan ni. tatau nak update apa. pasal perkahwinan, bertandang dan honeymoon? hehe sudah basi lah kot sebab 17/6 ini genap 7 bulan saya berkahwin dengan jodoh yang dicari-cari ditunggu-tunggu selama ini :p hari-hari macam honeymoon gittew *bak kata orang lah sebab kengkawan yang sudah ada anak bagi nasihat "spent time together while you can" rasa takde kot negatif about this thing :) fikir-fikir yang positif je tau.

ramai juga bertanya dah ada isi ke belum? bun in the oven? hehe buat masa ni takde lagi rezeki ke arah situ. in sya Allah, Dia Maha Mengetahui. kami bukan merancang tau cuma buat masa ni takde rezeki lagi. Allah nak bagi hidup berdua dulu kot hehe. 

ramai juga blogger/kengkawan tanya kenapa tak update blog? jawapannya simple je. idea tak datang. saya aktif blogging semasa tahun 2009/10 sebab masa tu berpeluang ke Jepun untuk merasai pengalaman belajar di sana. umur pun masih muda baru 23 tahun so semua benda nak bercerita. orang cakap jakun "macam rusa masuk kampung" yelah tak disangka berpeluang ke Jepun :) so kat situ mesti ada benda nak bercerita kan?

umur pun makin meningkat. sudah berkahwin dahpun. rasa macam malas nak update blog. kehidupan saya normal je seperti kaum suri rumah lain. oh ye, saya sudah 3 bulan tidak bekerja. part best sebab boleh menjalankan rutin harian seorang isteri - memasak untuk suami dan keluarga. penat lelah memasak tu terubat bila lihat mereka makan dengan begitu menyelerakan hihi. saya still dalam proses belajar memasak but things are going well I guess. resipi? senang je saya google.

saya sudah kurang menggunakan laman sosial. akaun facebook pun saya deactivated. cuma aktif dalam twitter *tweethandle : shahirarosli dan instagram *username : shahirarosli. kat situ saya bolehlah dikatakan aktif juga. twitter adalah medium saya untuk berborak secara virtual ataupun bagi pendapat *mostly merepek je lebih haha. instagram pula lebih kurang blogging cuma gambar je banyak - pasal aktiviti harian saya :)

esok ada walk-in interview RapidKuantan. doakan saya :)

****

cerita pasal further study. Alhamdulillah dapat juga untuk panggilan kedua tapi rasa ini bukan rezeki saya. mungkin milik orang lain. ceritanya course/universiti yang saya apply bukan berada dalam top100. MARA terpaksa buat pengecualian macam ni sebab terlalu ramai yang memohon. difahamkan 4000 permohonan cuma 800 je dipanggil untuk ujian psikometrik dan 400 je yang berjaya. so I am one of them. masa dah suntuk nak apply universiti lain dan IELTS pun tak ambil lagi.

saya still nak ke Strathclyde University. sebab? ia terletak kat Scotland. saya siap beli lagi buku guidance to Scotland semasa Big Bad Wolf. with no regrets, Allah still has the best plan for me.

moral of the story : tak sanggup berjauhan dengan suami. kalau single dah lama struggle :p

rezeki kita Allah yang tentukan
La Tahzan


next entry we will meet again
:)

4 COMMENTS:

chumut said...

congratulations! :DD

SFaezah said...

iA nnt ada peluang di masa yg sesuai..

naz said...

Assalammualaikum puan, tahniah dan boleh sy dpt kan email puan? sy ada nk bertanya pasal smbg belajar. TQ

Shahira said...

shahirarosli@gmail.com