Daisypath Anniversary tickers

Pages

Wednesday, August 7, 2013

a long hiatus again


hai dan Assalamualaikum...

lusa raya! yeay! HAHA sesedap rasa je saya sendiri umumkan lusa raya =p excited datang secara pukal walhal lace yang dibeli kelmarin tak dijahit pun kat baju raya. kesimpulannya saya beraya pakai baju lama jelah. baju raya tahun lepas. nak sama konsep warna boria dengan suami. jadilah polka dots ungu asalkan ungu kihkih.

rasa macam confirm dahni saya akan slow berbelog due to... I don't know just malas nak update ikut laptop. kat phone ada install apps blogger tapi still malas. like I said in the previous post, my life is quite boring and I don't know what to write in my blog. tunggu ada anjakan paradigma baru saya berbelog secara serius secara pukal *janji ditepati.

saja je nak update blog sebab nak bagitau kita ada Instagram. eh. hihi. itulah mini blog saya. what I did in my life kalau rasa nak share, saya just post a picture and then write some captions of my picture. gambar pun biasa-biasa je hihi. kalau nak follow, silakanlah kita akan approve :)

aww ini pun tengah teman suami kat sebelah. dia pun baru start berbelog tadi. entah mimpi apa nak ada blog sendiri tapi tanak sesiapa pun tahu alamat blog dia. just for his own satisfaction I guess. sekarang ini kami tengah berlawan siapa taip lebih pantas. makin pantas maka dia makin banyak idea HAHA.

u ols raya mana tahun ini? excited nya saya nak tunggu esok hari. in sya Allah beraya di Parit Raja, Johor. kampung belah ayah mertua tapi atuk nenek dah takde. melawat sedara mara je. tak sabar sebab? hihi dah lama tak merasa balik kampung untuk berhari raya! last... cuba teka? tahun 2003. lama tu. masa saya SPM. kampung kat Manek Urai, Kelantan. pastu tetiba Abah cakap tahun ni nak balik sana sebab sepupu baya saya berkahwin. haaaa siapa tak excited bila travel ni? Rabu - Johor, Jumaat - Pahang, Sabtu- Kelantan. kihkih nasib baik bukan ittew yang drive.

raya tahun ni saya biasa-biasa saja. kasut pun pakai kasut basahan. mengenangkan baju raya tak siap patch lace so pakai baju raya tahun lepas. tu pun last pakai masa raya tahun lepas T_T tudung raya dah ada tapi suami kita tak berkenan kita pakai shawl. dia cakap muka pelik *sampai hati sobs. tapi tapi saya excited sebab ada handbag raya hihi meletops raya kali ini =p

raya pertama dengan suami. tatau nak gambarkan macam mana. nak dekat 9 bulan kami berkahwin dan Alhamdulillah banyak lagi cabaran yang tidak terduga ini. biasalah ada upside down. tapi nak cakap lah bulan Ramadhan tahun ini sungguh mencabar buat kami berdua *ini adalah serius. weh boleh tahan penulisan blog suami aku ni *okay lari topik.

saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf Zahir dan Batin jika ada kekhilafan di dalam diri ini semasa saya berbelog. haha dah macam artis lak buat ucapan sebegitu rupa.

saya rasa sampai sini je saya berbelog dan akan bersambung 2 bulan akan datang HAHA. weh baju tak packing lagi. biasa saya packing last minit je. hujan tolonglah berhenti sebab nak merempit dengan suami. dia beli skuter baru gittew. eh okbai!

follow me at shahirarosli
:)

bye!

0 COMMENTS: