Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday, August 15, 2013

raya 2013


hai dan Assalamualaikum...

how's raya? cepat kan masa berlalu sudah 7 Syawal berlalu. hari ini 8 Syawal. in sya Allah hari ketiga saya berpuasa ganti dan sunat. alang-alang gabung terus lah selepas difikirkan terlebih dahulu. dulu dahulukan puasa sunat lepas tu baru ganti. tapi tak boleh cara tu. kita kena buat yang wajib dulu. kan dah terkial-kial lagi 90 hari sebelum Ramadhan baru nak ganti hahaha.

raya kali ini memang best. satu pengalaman yang baru. kenapa best? first of course sebab beraya pertama kali dengan suami dan keluarga mertua. kedua sebab dapat balik kampung! yeay! setelah 10 tahun beraya di Kuantan sahaja akhirnya raya kali ini dapat berjalan sana sini. sakan bebeno lah orang kabornyeeee. selok pun ada. geram pun ada. boring pun ada. sebab? traffic jammed!

raya kali ini rasanya banyak beraya atas jalan kot? lol.

kronologi raya 2013 / roadtrip raya 2013 : 

1. sehari sebelum raya, 7/8 (Rabu) : kami gerak balik ke Parit Raja dengan 3 buah kereta tapi tak konvoi pun sebab gerak asing-asing. saya dan suami serta adik-adik ipar gerak petang selepas Zohor. kami gerak dalam pukul 2ptg dan selamat tiba di Parit Raja dalam pukul 630ptg. Parit Raja ni kampung ayah mertua tapi atuk dan nenek dah lama meninggal so menumpang sekejap di rumah pakcik dia. malam raya kami pergi ke bazar raya. fuhhhh dah macam Jalan TAR. saya pun dah mula rasa serabut sebab kena bersesak-sesak. memang jalan jammed OH!

****

2. 1 Syawal, 8/8 (Khamis) : as usual sebelum sembahyang raya, disunatkan makan dahulu. for the first time, saya merasa makanan terkenal orang Bugis iaitu burasak dan lepak lueh. huhuhu tak kena dengan anak tekak kot saya makan sekeping je burasak dan setengah lepak lueh. tapi orang lain? berpuluh-puluh kali dah macam makan nasi dan takkan muak sampai bebila T_T'' kuat kan penangan makanan rare ni? selepas selesai sembahyang raya dan minta maaf sesama ahli keluarga, p/s: saya kan dapat duit raya daripada mak mertua, suami dan adik-adik ipar hihi bestnyaaaaa! kami berkonvoi 4 buah kereta beraya ke Kluang. rumah sepupu suami. sebelum itu melawat tanah perkuburan arwah tok dan nenek.

saya nak bercerita pasal makanan di sana yang rare. pertembungan budaya. best jugak sebab asyik ketupat lemang je kan. suami saya memang tak pandang dah ketupat lemang sebab hadap benda ni je makan. paling menggila dia makan non-stop burasak. ayah mertua ni ada keturunan Bugis. isteri pakcik lak keturunan Jawa. so dapatlah merasa masakan Bugis + Jawa.

burasak ni apa? Mak mertua cakap burasak ni nasi biasa je tapi dikukus dalam daun pisang yang muda. kukus tu lama adalah dalam 5 - 6 jam so bila makan pun rasa lembik-lembik je. rasa macam nasi lemak pun ada tapi tak letak santan. saya makan sekeping je hihi. okay burasak ni boleh makan dengan apa jenis kuah. sambal kacang pun boleh. kuah masak lodeh pun boleh. tapi selalu makan dengan ayam masak merah. saya makan dengan kuah lodeh tapi sekeping je hihi.

 sumber gambar daripada Google
ini adalah burasak

lepak lueh tu apa? okay lepak lueh ni macam lemang tapi lemang tu keras sket kan? yang ni rasa lemak sket dan lembik sedikit. macam makan lemang tapi bentuk segi tiga panjang hihi. dibuat daripada beras pulut sama seperti lemang tapi yang dikukus macam burasak. saya makan setengah je hihi :) cara makan pun sama dengan burasak. nak tahu tak? suami saya ni nama je kuat makan tapi taktau nak beza mana satu burasak dan lepak lueh (--")

sumber gambar daripada Google
ini adalah lepak lueh

malam tu lak kiteorang beramai-ramai pergi ke BP Mall untuk menonton wayang. either The Wolverine or The Conjuring and last pilih The Conjuring. full house! cerita dia okay lah seram jugak tapi seram lagi Insidious #seramception best lepak dengan sepupu suami dan adik-adik ipar sebab merapatkan silaturrahim. bila lagi boleh berkumpul reramai cenggini kan?

****

3. 2 Syawal, 9/8 (Jumaat) : kali ini beraya atas jalan raya sebab gerak balik ke Kuantan. jalan tak jammed tapi kereta banyak lah jugak. gerak dari Parit Raja pukul 1ptg dan kami tiba di Kuantan pukul 7ptg. lama sebab banyak pit stop. on the way balik angin kencang dan hujan renyai. ingatkan takde pape tapi rupa-rupanya angin kencang yang dasyat telah berlalu. sampai patah pokok lalu hentam wayar letrik dan menghalang jalan ke Segamat. padanlah kereta tak bergerak. ada yang stop tepi jalan sebab takut kot. tapi memang horror. sampai Kuantan lagi horror sebab ada accident motor di bypass Kuantan. masa kami sampai tu polis sedang basuh darah. suami lak sibuk nak rakam video dan pergi buka tingkap, hasilnya bau hanyir darah pekat masuk dalam kereta. pengsan sekejap (-_-)''

malam tu lak saya dan suami berjalan-jalan dengan menaiki motor. jadi rider kita pada malam itu. haha dapat gelak sakan pada sesiapa yang drive kereta sebab jalan ke Teluk Chempedak memang totally jammed sebab? orang craving fast foods. samalah dengan saya hihi. sebab still boikot McD, maka kami pun makan Burger King. tu pun beratur dalam 30 minit untuk sampai turn saya alahai...

****

4. 3 Syawal, 10/8 (Sabtu) : balik Kelate kito deh! hehe kami konvoi 2 buah kereta. Kelantan ni kampung belah Abah saya. dah lama saya tak balik ooo last tahun 2003. balik kampung kali ini membawa suami tercinta. manelah tahu akan datang bawa anak pula kan? hihi. gerak pukul 9pg dan tekalah tiba di Kuala Krai pukul berapa? perjalanan yang lancar makan masa 5 jam je tapi kali ini 7 jam setengah woi! sakit pergelangan buku lali ni sebab acapkali tekan brek dan minyak. memain gitu je T__T'' tiba di hotel penginapan pukul 430ptg dan memasing serbu toilet dulu hahahaha!!!

balik Kelantan memang jammed pun cuma tak pernah merasai. ni dah merasainya. well done! seperti dijangka, jammed sudah bermula apabila nak masuk Permaisuri, Setiu. kereta berjujut dan still boleh gerak. pastu apabila masuk Jertih, mak aih banyaknya kereta. dari arah bertentangan pun sama banyak. saya terpaksa buat hati kering sebab kena membontoti kereta Abah if not memang ketinggalan ler. pastu jalan smooth as usual dan banyak kereta.

nak masuk Machang... welcome to the massive traffic jammed. kat sini lah kami stuck dalam 2 jam setengah untuk perjalanan dalam jarak 20km. Ya Allah kat sinilah dugaan sakit kaki & menahan perut nak pergi toilet. bertabahlah untuk menjadi orang yang hati kering. saya tak kisah orang nak potong guna line kiri tapi jangan potong line saya. tu memang aku hangin laa kan. tahu nak cepat je. apa kau ingat kereta aku ni takyah tekan brek dan minyak ke? huhu emo tak?

malam tu beraya rumah Mama, kakak sulung Abah di Laloh dalam 30km dari Kuala Krai. saya craving masakan tomyam putih Mama tapi aaaaa tak sempat. Abah bagitau lambat so Mama tak masak ler. yang ada masak lemak ikan merah tapi still ahhhhh memikat hati dan jiwa raga. di tambah pulak dengan ikan masin. memang daebak! tujuan balik kampung ni sebab sepupu rapat kahwin, baya saya. so pergi melawat dia jap di Manek Urai Lama sebelum balik ke hotel. beramah mesra dengan sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. gossiping. teringat zaman muda mudi dulu mandi berkubang tepi rumah, main hantu-hantu ntah apebende lagi. tapi semua tu kenangan manis yang tak dapat dilupakan :)

5. 4 Syawal, 11/8 (Ahad) : yezza bekwoh time! ada 2 buah rumah nak singgah kali ini. bersiap-siap pergi makan bekwoh. simple je kenduri belah perempuan ni. kalau lah kat sini se simple macam ni, rasa mesti ada mulut yang mengata. ahh pedulik apa asal makan best. tapi saya tak makan banyak pun sebab nak pergi beraya dan melawat kawan di Pasir Mas.

saya dan suami gerak ke Pasir Mas dalam 40km pada pukul 2ptg. cuba tekan sampai pukul berapa? azaaaaaaaab! pukul 630ptg baru sampai wuwuwu. traffic jammed kat Kelantan masa raya ni terlalu extreme bagi saya. padanlah Abah sebelum ni taknak balik makan saya mengerti perasaan itu apabila terkandas dalam jammed selama 10jam. on the way tu jalan clear cuma jalan nak masuk ke Machang dah memang jammed sebab orang nak balik ke Kuala Lumpur kena masuk Kuala Krai sebelum jumpa Gua Musang and that is the only route to Kuala Lipis. best kan dengar?

Abah pesan suruh masuk ke Tanah Merah untuk ke Pasir Mas. means kena jumpa Tanah Merah dulu baru jumpa Pasir Mas. padohhhhhh! traffic jammed telah bermula pada simpang masuk ke Tanah Merah sobsob. memang pasrah. since suami yang drive so dia telah menjadi seorang yang kiasu, lalu sebelah kiri hihi have to if not silap haribulan malam baru sampai. tahap keboringan kami sampai suami minta saya pergi beli air tebu sambil berjalan kaki dan kereta baru gerak sedikit. oh men. dugaan nak tempuh 2 kali traffic light. kira punya kira, kami stuck dalam jammed selama 2 jam lebih untuk lalu jalan sejauh 8km. selepas traffic light kedua walla! jalan clear ke Tanah Merah. kalini jammed sebab kami bertembung dengan kereta nak lalu ke arah Grik melalui jalan yang sama *pasrah.

masuk je Pasir Mas memang jammed. pack! hehe nasib baik tak masuk pekan. so kami pun selamat sampai ke rumah kawan saya. kawan baik saya semasa zaman UKM. nama Emmy Fauziana. what is so special about her? kawan semasa senang dan susah saya. and she is diagnosed with renal cancer stage 4. dah selamat operate buang buah pinggang belah kanan dan sekarang tengah recover dengan target therapy. she is strong. very strong. saya harap dia cepat sembuh seperti sediakala. sedih tengok keadaan beliau yang still happy dan boleh bercakap tapi kena berbaring. nampak kurus daripada biasa dan letih sedikit. alhamdulillah tercapai juga hasrat nak melawat beliau. ada sebab kenapa Abah ajak balik kampung kali ini :)

gerak balik ke hotel pukul 930mlm. sejam setengah dah sampai :)

****

6. 5 Syawal, 12/8 (Isnin) : gerak balik ke Kuantan - beraya atas jalan lagi ;p

7. 6 Syawal, 13/8 (Selasa) : life is back to normal again. tapi still rasa macam bulan Ramadhan sebab saya dan suami berpuasa. malam tu kami beraya di rumah Mak Busu, adik Mak mertua ittew. masa berbuka makan sedikit je, nasi impit dengan serunding ayam. amekkaw! 4 kali menambah mee sup HAHAHA adoih nampak sangat saya lapar :p

8. 7 Syawal, 14/8 (Rabu) : berpuasa pada hari ke-2. disebabkan bosan saya pun tengok wayang cerita Pacific Rim. best weh best!! rasa tak rugi tengok kali kedua. saya missed sedikit masa awal-awal movie ni main. cis. selalu mesti tayang lambat sebab tu masuk lambat sedikit. tapi kali ni on time lak. nama raksasa tu Kaiju. dah macam cerita Godzilla tapi robot gergasi ni memang superb!!! dengan score music yang bombastic! percayalahhhh rasa semangat gila dengar lagu tu main hehe. ni tengah dengar lagu ni berulang kali :p

okay lengkap kronologi raya 2013 selama seminggu. bagi saya, semangat masa raya pertama je. raya kedua dah lemau. dah biasa sangat sebab masa kerja tahun sebelum ni manalah raya sangat. raya kedua dan ketiga dah start kerja. so boring. kalau saya still kerja sana, memang melepaslah nak balik kampung di Johor dan Kelantan. silap haribulan tinggal aku sensorang kat rumah.

actually rindu nak kerja balik tapi bukan di tempat kerja lama.
doakanlah :)

saya harap raya 2013 kalian pun meriah dan jangan jadi anti social ye? it is not good. baik ambil peluang ni untuk beramah mesra dengan sepupu sepapat. gambar saya upload sekeping je HAHA sebab yang lain dalam kamera Ayah mertua. saya tak bawak pun DSLR sebab malas kihkih tapi still jadi photographer dalam family photo semasa di Parit Raja.

ootd raya ke-4
recycle baju tunang dulu ketat sekarang longgar
saya pakai square shawl beli kat Shah Alam
handbag MBMJ hihi
kasut pink blush from Vincci
bergaya depan kereta kakak ku :p

till then,
have a nice raya for this year.

selamat hari raya, maaf zahir & batin :)

6 COMMENTS:

A-N said...

Assalamualaikum Kak Sha. Lama dah follow blog Kak Sha ni. Hihi.

Jem di Kelantan memang tak boleh nak elak Kak Sha. Saya sendiri pn tak keluar rumah.

Machang-K.Krai-Tanah Merah memang hotspot.

Sakit kepala berlama-lama dalam kereta.

Alhamdulillah, suka tengok kehidupan Kak Sha sekarang.

Moga terus menyulam cinta bersama si suami. Moga Allah permudahkan rezeki Kak Sha untuk menjadi ibu.

Selamat Hari Raya.

Shahira said...

waalaikumussalam...

aww thanks afifah. kak sha dah jarang dah haaa berblog. thanks again sebab wish cepat2 dapat baby :)

Anonymous said...

hai sha..baguslah awk dah happy dngn life awk skrng..kwan dgn mcam2 laki,kawen jgk khen..mihmihmih..emm..sy musykil n pelik la..cmner awk bleh bebaik dgn wawa eh?kat stegrem siap komen-komen..bkan ke dulu awk kwan dgn laki dia merangkap ex boifren ur adik ipar..mihmihmih..tabah btol uols bleh plak jd kwan..wawa tu x ikhlas bekawan dgn awk..jgn tertipu dgn dia..jgn bdohkan diri awk..nway,sy hrap dia pon bahagia la dgn laki dia tu.

Shahira said...

ada jugak manusia busuk hati komen kat blog aku ni...

ddjfr said...

anon sangat kau kan anonymous.haha.

eh sha.raya kt johor tak try sambal goreng ke?akak punya la teringat ingat rasa dia sampai pregnant anak nombor 2 bleh terliur lagi.

ketupat boyan tak jumpa?haaa..ketupat dia ada jagung kat dalam.abah akak org kota tinggi.anak org jawa + bugis so akak pun tau la sikit2 makanan belah sana walaupun dah lama gila tak balik sana.

ok sha.selamat hari raya.maaf zahir batin.

syazira said...

hai anon yang cuba menyamar jadi saya tu..ni ha yang sebetol2 syazira aka g-are..kau kenapa eh..tabah sangat ni sakit hati kat orang..kau folow blog wawa..blog aku..blog sha pastu dah tak boleh menyalak kat blog wawa ko menyalak kat blog sha pulak kan..pastu lebih tabah lagi ko study cara aku menulis pastu ko tiru kat sini and kat semua tempat yang kau nak menyalak..kau ade masalah dengan aku sebenarnye skarang ni..bgtau aku ape masalah kau..jangan nak carut2 blog orang macam ni..kalau aku ade aniaya kau ke tanpa aku sedar bagitau aku..aku mintak maaf..tapi jangann burukkan nama aku ye manusia..aku masih sabar ni sebab panggil kau manusia lagi..jangan sampai aku panggil kau binatang..