Pages

Thursday, March 17, 2011

just a quick update


Shinjuku Gyoen National Garden
Shinjuku, Tokyo
Autumn 2009

Miyajima Island
Saeki, Hiroshima
Autumn 2009

meskipun sudah setahun lebih saya meninggalkan negara matahari terbit, tetapi tetap terkenang di dalam ingatan sampai bila-bila unless saya ada penyakit Alzheimer tu takleh nak buat apa lah kan. the best thing that was happened in my life. unexpected! dapat tawaran merasa pengalaman belajar dan hidup berdikari di negara asing. totally different from the other countries. memang terbukti masyarakat di sini amat terkenal dengan sopan santun dan mempunya budi pekerti yang tinggi. sampai sekarang saya masih lagi rindu nak ke sana. cuma tak berapa nak sanggup sambung PhD sebab kos sara hidup yang tinggi. tu pun depends lah kan dapat study kat area mana (-_-)''

pada 11 Mac 2011, penduduk dunia terkejut dengan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda di Pantai Timur Laut, Jepun. paling teruk di abad ini. hmm. mesti ada hikmah kenapa terjadi bencana sedemikian. masa untuk kita bermuhasabah diri. even saya sekarang kat Malaysia, tak rasa semua itu tapi dalam hati ada terasa sedikit kekesalan dan sedih dengan apa yang menimpa mereka sekarang. kenangan di bumi Hiroshima secara tidak langsung menambah lagi kesedihan di dalam hati. gambare Nippon! saya percaya Jepun boleh bangkit daripada bencana alam tersebut. sama-sama kita doakan kesejahteraan rakyat di sana.

saya harap sensei sihat-sihat je di sana. baru je terima emel beliau pagi tadi. Alhamdulillah dia selamat sebab Hiroshima memang jauh dari Fukushima tapi mesti juga ambil langkah berjaga-jaga kan? prevention is better than cure. tetapi saya still bengang dengan beberapa rakyat Malaysia yang tak reti langsung menjaga sensitiviti negara lain. ada yang buat lawak bodoh yang saya rasa memang takde otak. pastu ber-tweet serupa ayat nak kena makan kaki je aihhhh. kang diri sendiri merasa kena gempa bumi dan tsunami haa baru tau! nak panggil Doraemon ke nak panggil Ultraman? cit bodoh betol orang Melayu *readers and bloggers sure know what am I talking about*

emel daripada sensei
I hope Japan will fight this till the end!

****

dek busy melanda diri maka sekarang dah jarang layan movie huaaaaa (--'') dulu kan boleh je tengok 2x seminggu tapi sekarang kalau dapat sekali seminggu tu pun dah cukup bagus tahu? dahlaaa duit mengalir macam apa dan rasa bulan Mac ini like hell. dengan busy nak mampos kat kedai sebab tengah rezoning. memang macam dilanda tsunami erkkk silap-silap. macam kena langgar todak dah haaa kedai haku tengok T_________T''

eh membebel lak yang bebukan padahal nak buat ulasan filem ecehhhhhh nak berbahasa baku lak huhuhu. saya so far sempat tengok 3 filem je padahal berpuluh-puluh *itu tipu* filem yang beratur panjang nak saya tengok tapi nak buat camne masa amat mencemburui saya plus cuti lak dapat sekali seminggu tsk pasrah weh pasrahhhhhhhhhhhhhhhh!

The Rite
cerita pasal penghalau hantu ala The Exorcist
takut tu haha biasa je
tapi scary mary gak ahhh
:P

Rango
cerita ini saya nak tengok sebab Johnny Depp punya suara
tapi hahahaha ada part yang saya tertidur
mesej berat sangat kot
should be fun lah kalau kartun ni
aihhhhh!

Big Mommas : Like Father, Like Son
well, saya sangat suka lakonan Martin Lawrence
lawak boleh pakai dan cerita ini tipikal je
boleh agak ending camne so...
nak gelak ketawa boleh je layan
:D

okay lah gotta go. nak membebel panjang pun tak panjang mana lah. malam ni ada diskusi penting bersama dengan beberapa orang kawan huhu. about business collaboration with ehem ehem tungguuuuuuuu. tunggu jadi kenyataan baru boleh reveal, kan? kang kalau tak jadi buat malu eden jek huhuhu. tunggu next entry okay! dan tak sangka followers dah cecah 221 orang hahahaha diri ni dahlaaa pemalas nak blogwalking. diharapkan kamu semua suka baca blog ni eh. blog ini takde nak paksa-paksa click Nuffnang ke whatsoever of that. bebas daripada iklan yang memberatkan blog. eh bye!


xoxo



kerusi panjang panggil untuk tidur
;p

2 COMMENTS:

faRa_diLa said...

Ranggo memang menyedihkan. dgn watak2 kartun yg hodoh belaka. geli nk makan pop corn. huhu.

big momma tgk via dvd. hohohoh.

dd.hasnidar said...

akak sangat nakkkkk tengok rango,tapi tak berkesempatan lagi.
sigh.