Pages

Wednesday, November 11, 2009

kisah terbaru...


hai. macam dah agak lame jugaklah saya tidak meng-update-kan blog kesayangan saya ini. hanya update gambar saja. hihi. nak kata bz tu macam tak pon even kerja bertimbun-timbun. style suka buat last minute camnilah gayanya. apekah itu orang cakap kerja last minute selalunya yang terbaik?? hekkkkk. mane kau belajar sha? kau tu pemalas.

da sebulan lebih saya menetap di Nihon. cuaca pun makin sejuk. sudah pandai bergaya dengan but bulu-bulu. ahaks. kalau pakai kat Malaysia mesti dipandang serong kawan-kawan pon berjalan 5km di hadapan T____T bak kate nak semua bulu-bulu. nanti adelah tu jaket bulu-bulu, glove bulu-bulu dan tak lupa juga ear muffler wajib bulu-bulu. hahahaha. fashion victim kah daku?

kelas pun da makin bz. ada je seminar kena hadir tapi biasalah datang pastu tido. yang peliknya masa lecturer da abis berceramah tup-tup tersedar! ajaib bukan? hahahaha. dasar kau sha. sensei pun ok. paham kalau saya masuk kelas lambat sebab solat. dan-dan je boleh cakap "you are good muslim" T_____T yelaa kalau saya ter-miss solat nanti sensei ke yang tanggung dosa? diri sendiri juga.

duduk di perantauan ni hati memang kena tabah. toksah cakaplah kau rindu kat Malaysia ke hape. yang penting ingat kita ni beragama Islam. sebab macam-macam boleh terjadi. kalau mengenangkan kepayahan nak mencari makanan halal dan masa curi-curi untuk solat, dah lama dah hentam kromo je sebab iman di dada itu tipis. masa untuk bermuhasabah diri kawan-kawan. harap-harap saya tabah je kat sini. mula-mula perasaan geli itu memang ada sebab daging babi terhidang je kat sebelah makanan sendiri tapi lama-lama dah okay.

tang permakanan kat sini memang teramatlah okay. saya sendiri dapat rasa badan makin sihat sebab duk ngadap teh jepun takpun teh cina. mula-mula memang tak dapat terima tapi lama-lama rindu lak nak makan. alhamdulillah penyakit senggugut saya pun kurang. dah tak sakit macam dulu meraung-raung huhu. nak kata jadi pencinta sayuran tak juga tapi saya try lah juga kadang-kadang makan sayur mayur T_____T padanlah orang Nihon ni badan slim-slim jelesnya!!!

kisah terbaru saya? hum. baru je clash. nampak macam hubungan kami tak dapat diselamatkan. btol orang cakap. long distance relationship needs a lot of sacrifice from each other. if one of them cannot devoted to each other, all what you have been doing means nothing. meaningless. eceh eceh. nak emo ke sha? saya tak salahkan si dia. maybe saya kot yang salah. tapi yang pasti hubungan ini tidak sampai ke tahap yang saya mahukan. tiada jodoh. itu yang pasti.

saya dah kena tulis tesis bab 1 2 3. kesian Dr. Rafee tunggu email dari saya. hik hik. insya allah segala macam perancangan yang da ada dalam otak akan dilaksanakan. sha, you can do it babe. trust yourself that you are the best! hihi. kata-kata semangat untuk diri sendiri.

ok lah. nak stop menaip blog. jap lagi nak skype dengan emak tercinta. amboi-amboi sejak celik IT ni memang setiap hati nak ber-skype T____T mujur beliau tidak tahu apekah itu facebook!

hahahaha!



xoxo


:)

3 COMMENTS:

LORD ZARA 札拉 said...

sayang~
daijobu?
tak mau sedih2 kat sana~
ku kan ada untuk kamu?
moh peluk2 moh?

*cium*

nak skype juga bleh?
ngee~

pujah said...

strong bebeyh!

Shahira said...

thanks all.
:)