Pages

Friday, October 2, 2009

konbanwa!


keluarga terchenta
terima kasih wanie, epy, hana & emmy kerana sudi datang!

bye bye Malaysia
eceh sha kau berlakon no. 1!!


alhamdulillah. selamat sudah saya sampai ke destinasi selepas hampir 24 jam merantau. eh eh tak sampai pun 24 jam. cakap je lebat? 20 jam aje tapi penatnya tuhan saja yang tahu perasaan ini. meskipun sudah melantak setiap makanan dalam flight MAS sambil dikelilingi oleh awek-awek jepun tapi tatau kenapa mengapa saya tetap juga lapar. bayangkanlah tak makan dari pukul 8pg sehingga pukul 8mlm :( takut nak beli makanan di Narita mengenangkan prasangka was-was yang begitu tinggi.

Hiroshima Airport

selepas saya check-in. memang betol-betol nak naik flight. check slingbag ambil pasport tapi tiket tiada! ah sudah! dah sah-sah tercicir. memang cuak nak mampos masa tu T___T'' dah panas punggung dahni. mahu saja berlari ke semula ke arah imigresen tiba-tiba ternampak sekuriti guard berlari-lari sambil memegang tiket.

"macham tiket aku. kaler hijau. dah sah!"

"pakcik! tu tiket saya!"

"hah! nama kamu?"

"nama saya shahira yang comel!"

oh! rekaan semata-mata. alhamdulillah. selamat satu bala.

ok. masa untuk naik flight. dapat seat tepi tingkap. hehehe. memang request pun nak duduk tepi. selesa. minah jepun sebelah saya pun tak banyak cakap sebab dia tak paham bahasa inggeris. kerjanya tidur je. rugilah sebab tak makan! makanan memang tip top. layanan pun tip top. padanlah MH is stand for Malaysian Hospitality ;) syabbas bette! saya main tekan-tekan remote control. pakai main tekan je nak tengok cerita. macham kera dapat bunga. hajat nak tengok The Proposal last-last tertidur. kemudian terjaga sebab flight gegar yang amat kuat. boleh pulak pilot membebel apekebende ntah. weh! orang nak tido lah!

inilah breakfast saya
jadi orang bermata biru
sombong tanak makan nasi lemak
kan sekarang dah mengidam
T___T''

muka kekenyangan selepas breakfast
padahal pening nak muntah

dalam pukul 740pagi 30hb saya selamat sampai ke Tokyo-Narita Airport. mak aih! memang besar! kampung daku sekejap. seperti rusa masuk kampung, saya ikut je bontot student Malaysia yang balik sekali. hahaha. selepas itu saya kena tukar ke Terminal 1 untuk naik flight ke Hiroshima pada pukul 525ptg. amacam? lama tak saya kena transit? lupa nak bagitau. masa inilah kasut buat hal. pandai ek kamu! masa kat Malaysia testing kasut tanak pula tercabut tapaknya tapi kat sini boleh pula tercabut dua-dua!!! geram! wuuu. lekat dengan chewing gum je. jadi McGyver sekejap.

permandangan Narita Airport dari udara
kagum gua!

South Wing Terminal 1
Narita Airport

di luar terdapat banyak bus stop
tetapi ini hanya untuk shuttle bus je

bukan camwhore
tetapi bosan teramat

bosan. bosan dan bosan. saya ke atas ke bawah bawa troli. macham orang gila dan sesat. tapi buat-buat ok. sempat lagi kemas barang sebab bagasi saya overlimit. selepas itu tidur dengan selambanya kat seat. saya nak mandi! yeaaaa. gigih check-in awal pukul 1ptg hahahaha. dapat juga akhirnya saya memanjakan diri dengan membayar 500yen untuk 30minit membersihkan diri. selepas itu sambung balik tidur sebelum masuk ke sekuriti pada pukul 3ptg. dah selamat masuk, tidur lagi depan pintu berlepas (-_-)''

saya terjaga. nasib baik tak terlepas flight. tetapi baca announcement kat depan cakap flight delay!! sdwhriochviotheohfocdhwhw? wuuu. tanaklah delay. sebab cuaca memang agak buruk dengan hujan + berangin. lebih-lebih lagi flight saya kecil je. macham firefly. padanlah tiket mahal nak mampos. nasib baik tak delay fuhhh~

tepat pukul 7ptg saya sampai ke Hiroshima yeay! 2 student Malaysia datang menjemput saya. thanks to Shana, Georgia dan Abg Fendde. first to do is to check-in to Hiroshima International Plaza (HIP) selepas itu kami pergi makan. makan spageti. tak best pun tapi sebab lapar punya pasal. bantai je semua! bilik saya memang tip top. kalah hotel kat Malaysia! cakap memang tak guna. kita layankan gambar!

bukan camwhore
tetapi tengah tunggu orang datang
hahahah!
kuat tol alasan

panorama indah di bilik saya

woah!
tv siap flat screen tu!
tapi dok ngadap CNN 24jam
T___T''

sekian saja salam daripada Hiroshima. nanti saya update lagi pasal life saya kat sini pula.

oyasumi nasai!



xoxo


:)

5 COMMENTS:

Hazwan Hussin said...

attachment ke kt sn?

crixerity said...

wah..gi jepun amek course apa? seronoknya

Wanie said...

bilim sorang?
best gile dow.

nadiya.inah said...

waaahhhhh!!!everything seemed so fine!!! :D :D :D

Shahira said...

hihihihi.
seronot dowhhhh kat sini.
oh sini macham hotel?
but the service is better than a hotel :)

crixerity: i'm going to japan as an auditing student for their GELs (global environmental leaders) program for only 5 months

hazwan: bkn attachment but auditing student. mcm exchange student program lah.