Daisypath Anniversary tickers

Pages

Tuesday, November 23, 2010

tuan punya blog jatuh sakit


hai selamat malam. eh tu lagu Faizal Tahir. entah dapat ke tidak dia masuk Muzik Muzik peringkat akhir nanti. sekarang ni pun memang daku tidak melayan televisyen langsung. yup langsung tidak. hanya kebetulan tengok Edisi 7 tadi sebab baru balik kerja terus pergi dapur melantak rojak mee & ayam spesel with teh ais ngeeeeee. sob. pathetic actually sebab tak tahu langsung pasal dunia luar sekarang. saya pun baru tau pasal Sukan Asia di Guangzhou tu hahahahaha pity me pity me. tu pun sebab tertengok final badminton Datuk dengan Lin Dan. ouhhhhhh muscle Lin Dan (-_-)'' tatau ah nak komen mende huhuhuhuhu.

tajuk entry di atas saya letak tuan punya blog jatuh sakit. memang pun. going to be. dah start suara lain macam petang tadi pastu dengan bersin nya since pagi tadi huaaaaa T__________T ni pun sudah start sroottt srooott diikuti dengan kepedihan hidung akibat tidak dapat bersin. solution? pasni makan panadol okay. tidur awal *tu pun kalau awal sebab pasni nak buat kerja part time* ngehehehehehe ;p miss him badly badly badly. saya nak story pasal kisah saya yang penuh dengan suka dan emosi. yang banyak emosi kot? huhhhhh dugaan betol. sobs. Tuhan tolonglah jadikan haku setabah-tabah seorang manusia di dalam mengharungi suka duka hidup sebagai seorang gadis. eh? motif?

****

saja je post gambar kat bawah hehehehe. saya kan suka enterframe kat blog sendiri (--'') saya tengok gambar kat bawah pun jadi pelik. sebab? sebab? sebabnya saya baru perasan if tangkap gambar, the best side was my left side and not my right side. sebab kalau ambil gambar dari sebelah kanan uhuuuuu nampak pelik. serius pelik. macam tamau mengaku itu adalah diri sendiri uhuk. tak percaya tengok jelah sendiri. ke hanya perasaan perah santan tuan punya blog sendiri? komen anda?

permandangan dari belah kanan
kan dah cakap pelik
(-_-)''

permandangan dari belah kiri
aaaaahhhhh better
;p

****

hari Khamis lepas saya pergi layan wayang dengan my sis. sudah lama tak tengok wayang. last cerita The Takers dengan my Mr. Bruno Mars. hu. sedih tak sedih tak? lagipun cerita sekarang tak bape nak best. kena tunggu bulan Disember baru ada cerita yang best-best keluar maka kacchhhh-ing pun mengalir dengan dasyatnya T_________T heeee sebab adik ini baik hati maka telah men-support kakaknya 100% uhuuuu itulah dinamakan kasih sayang tanpa sempadan ataupun priceless ;p weh mujur adik kau ni baik tahu? Unstoppable terbaik. based on the true story. I like Denzel Washington. dia memang aktor yang terbaik ah dalam lakonan. mantap. jalan cerita cliche tapi agak mendebarkan hati juga. ingatkan masa mula-mula ada psychopath yang hijacked train tersebut tapi rupa-rupanya takde drebar.

Tidak Dapat Dihentikan
tajuk agak-agak macam nak bagi makan kasut tak?
;p

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
rindu kat Aslam!
saya berangan nak tengok cerita ini dengan Mr. Bruno Mars
you nak tengok tak?
:p

****

okay meh cerita pasal photography job lak. saya nak start semula secara serius mius. hu? tatabahasa mana kau guna? start daripada tahun depan saya nak start semula photography job tak kiralah pape event pun seperti wedding ke engagement ke potraiture ke outdoor photoshoot ke yang penting fulus masyuk. teringin juga nak upgrade my gear. sekarang dala otak tengah berangan nak beli flashlight Nissin Di622 dan juga battery grip untuk memantapkan lagi body my D90. lagi best nak pegang kalau on job. taklah penat sangat harung lens yang entah berapa kilo sebab haku tak timbang muahahahahaha lawak tak lawak tak?

alhamdulillah satu job sudah ada. sudah confirm pun pada 19 Mac 2011. heee kawan saya request on her wedding day :D :D :D saya akan ambil gambar semasa akad nikah dan resepsi dan juga outdoor photoshoot dalam masa sehari (-_-)'' weh penat tu Sha serius kau akan penat tapi nak buat camne kan? kena juga harung.

saya tengah fikir juga nak beli polo tshirt hitam dan nak hantar jahit sulam tulis shahira.photography huhuhu baru boleh promote nama. tak gitu? marketing tu ;p tapi for now saya just ambil upah tangkap gambar dan editing je. nak cuci itu sendiri tapi terfikir juga boleh gak kalau nak cuci beberapa keping gambar dalam pelbagai saiz. tu kena tengok kos pula. aihhhhh. bermain dengan angka yang haku maleh ni wu. fulus oh fulus. nak tengok tak iklan secara percuma kat blog? klik je kat shahira.photography sebelah Home kat atas tu and then you will see my advertisement. tak siap pun lagi my portfolio. banyak gambar tak di edit lagi. tunggu mood datang ngahahahahaha :P

haaaa buat apa tu?
comolot ke?
;p

RM300
tak ke cantik hebat bergaya jika ada battery grip
terletak tuhhh

RM400
Nissin Di622 yang sangat mentarik hati
harus dapatkan sebelum on job next year!
gambatte!


kalau tamak camni memang dah sah-sah kena cut off budget shopping!
hu.
T__________________T''

****

part ini macam agak sadis jugak. bagi saya. bad day sungguh. serius bad day. hari Ahad huhhhhhh. a night before gaduh-gaduh tidak berapa nak manja dengan Mr. Bruno Mars. huk. our first argument since The 2010 Declaration ngahahahaha sesedap rasa je declare gitu. okay tak you? hikhik. alkisahnya bermula dengan one of the cashier called me at 940am and asked me siapa yang shift morning. saya cakaplah saya shift petang tapi my Asst. Store Manager, Alin cakap dia yang shift petang, saya pagi. oh damn. since when salah tengok jadual. apa lagi bergegas bangun dari tidur basuh muka wuuu tak sempat gosok gigi (--'') emm bab mandi tu jangan tanyalah okay? hu.

pakai capai je jaket jeans nak cover tshirt tidur and then terus start kereta. memang bawa macam pelesit lah weh. nasib baik kereta masa tu tak banyak sangat jadi boleh lah gua cilok sana cilok sini. sampai outlet dalam 957am pastu memang blur tak habis lagi so boleh lupa terus nak punch card T_T'' nasib baik sempat buka sebelum pukul 10pg if not, kena denda RM1000 dengan pihak East Coast Mall. tu bukan company yang bayar ye tapi haku yang bayar diulangi haku. andai kata buka pukul 10.01pg? memang bye bye ah gaji haku huaaaaaaaa (;_;)

okay so kat situ memang blur. masuk office terus check jadual and then betol saya shift pagi. wtf? bila entah tukar ini. huuuu dah sah-sah haku tak perasan. tapi ini bukan mistake saya seorang kot? sepatutnya my superior reminded me a thousand times that tengok jadual sila tengok jadual tapi takpelah I learnt from my mistake. saya pun taklah nak salahkan sesiapa. tapi hari Ahad itu betol-betol buat saya down. hum. dengan bergaduhnya. memang takde msg langsung dengan Mr. Bruno Mars. itu yang tetiba ada label EMOSI. haha especially for you, dear ;pp

customer makin ramai. staff dahla tak cukup hu. pastu saya still dalam mood blur and down at the same time. keluar dari office and then terus pergi ke kaunter. berborak jap dengan staff Vincci. and then secara tiba-tiba my staff from cashier team cakap if nak berborak saya kena duduk dalam kaunter, jaga kaunter sebab dia nak pergi ke selling floor. masa tu intonasi okay lagi. but I refused to go. saya suruh dia jaga kaunter. pastu dia sudah start tinggikan suara. ai lain macam dahni. and then saya bertegas juga suruh dia jaga kaunter. biar saya jaga selling floor. scene dia kat sini: dia nak tegur saya supaya ke selling floor tapi cara dia tu salah. tak perlu nak tengking-tengking. hello I am her superior okay? saya boleh terima teguran tapi biar dengan cara baik dan berhemah. pls shows some respect. I still your senior, bebeh.

peh saya still terkejut selepas ditengking oleh staff bawahan. berani betol?? sebab haku ini orang baru kot dan dia rasa dia tu bagus sangat boleh buli dan pijak kepala saya? takpe kau nak main dengan api kan? okay aku bagi kau api.

hari Isnin. saya shift morning. saya seorang je yang opening so of course lah kena briefing. it is payback time. dah cakap pasal sale semalam, saya sentuh pasal selling floor. seorang cashier kena backup. belom habis cakap minah cina tu sudah berani potong. ai ini sudah lebih. hmm sudah tiba masanya aku kena tunjuk taring. so saya pun briefing pasal respect. hormat. pastu dia bersuara. hahaha terasa ke minah? rasa tak petik pun nama kau. dia boleh cakap tak semestinya saya ini senior dia kena hormat. wtf? nak tanak dia kena hormat juga sebab I am her superior. and then saya fire back balik. simple je saya cakap. tak semestinya saya senior awak kena hormat but if you want my respect, you have to respect me first, and then you will get mine. haaaa kan dah ter speaking kat situ. entah dia faham ke tak? ;p

tak habis kat situ. panjang lagi ni... and then saya cakap pasal teguran. nak tegur pihak atasan boleh tapi dengan cara yang betol. bukannya kita tak boleh terima teguran kan? saya akui memang silap saya berborak sekejap dengan staff tapi kenalah tegur dengan baik dan bukannya terus tengking saya. hemoh hemoh. pastu seorang lagi cashier backup minah cina tu. siap cakap: saya rasa dia tak tengking pun. saya terus fire: awak ada ke kat tempat kejadian? hah! amik kawwwww terus senyap membisu. sorry lah babe. kali ini kau kalah sebab tak dapat backup your team. hek. minah cina tu terus senyap dan macam nak cari point lagi kenakan aku balik.

sambung kat sini ;p pastu dia terus masuk personal issue yang saya rasakan bodoh kot? dia cakap saya ni muka sombong. hek ala bodohnya kau. dah memang muka aku camni. air muka aku camni. saya sound direct je kat dia. awak kenal saya ke? pls lah. know me first before you judge me. danggggg!!! hah amik kawwwww nak sangat bermain dengan api kan? kan sudah membakar diri HAHAHAHAHAHAHA memang puas hati. manusia spesies cenggini memang kena ajar sket. if not takkan sedar diri. ingat dah kerja lama kat situ boleh buat kurang ajar dengan aku? no way. sekali kau dah pijak kepala aku, aku pijak kepala kau berulang kali. tengok jelah nanti.

bukan nak cakap apa tapi kadangkala latar belakang pendidikan pun memainkan peranan penting dalam hal-hal politik sebegini. saya sudah bergaul dengan ramai orang so masing-masing punya pemikiran tersendiri. I am not being a judgemental here but then you will know. uhu. kita fikir lain. mereka fikir lain. bukanlah bermaksud saya kat sini mendabik dada sebab ada Msc. tapi itulah realitinya. pemikiran lain dengan sesiapa yang berpendidikan setakat SPM dan tidak bergaul dengan ramai orang. duduk di bawah tempurung sendiri so of course lah dia ingat dia je yang betol. orang lain yang salah. Wallahualam... Allah je yang Maha Mengetahui atas segala-galanya.

tapi kan ayat yang paling best saya cakap: saya baru je kerja kat sini. saya kerja nak cari makan kat sini. bukan nak puaskan hati sesiapa. so saya buat kerja saya. awak buat kerja awak. if you want me to respect you, you have to respect me first. amacam? psiko tak? hahahahahahahaha puas hatikuw!!!

apa pandang-pandang?
mau penyepak?
kau nak cakap aku sombong?
cermin diri tu sedikit ya!
know me first before you judge me
LMAO


saya pun tak suka nak marah-marah
itu sifat syaitonnnnnn

****

heee. lately suka sangat pergi ke kolam renang. bukan saya nak berenang tetapi untuk melihat si dia berenang. macam ni je nak spend time masa. bukan spend time sangat pun. asal dapat tengok muka pun jadilah. kalau tidak nanti angau huhuhuhuhuhu. si dia sangap butterfly. suka sangat butterfly. kagum ah orang boleh swimming ni. saya fobia. tamau sentuh air. tak suka air haaaa tapi itu tidak bermakna saya kambing. eh? tetiba (--'') tapi tapi eventhough kat swimming pool tu penuh dengan jejaka separuh bogel tapi saya tetap jaga pandangan mata tawww hakhakhak. tak cuci mata pun. hu. si dia naik pun saya tundukkan pandangan kat bawah. ehem baik tak I? hihihihi. I segan nak tengok you tidak berbaju dengan tight nya lagi wawawawa. badan dahla mantap. eh terpuji lak kat situ (-_-)'' jangan kembang semangkuk sudahlah ek? secawan je pun okay ngeh ngeh ngeh.

mode happy is ON now. saya happy dengan life saya sekarang. makin happy dengan adanya si dia aka Mr. Bruno Mars. kenapa ek I called him Bruno Mars? sebab heeee saya pernah update status kat Facebook nak bf so called husband in the future macam Bruno Mars. ala yang nyanyi lagu Just The Way You Are tu. lirik omg so catchy and the best lyric ever to find a bf like that. and I got one. yeah it is him.

when I first met you, I never would have imagined that I would have such strong feelings for you. I would have thought that I would have dreams about you or miss being by your side or get butterflies in my stomach when someone mentions your name or I meet you in person. when I first met you I never would have thought that I would love you. yeah it is true. when we met first time at Coffee Street, I said to myself that I like you. aaaaa you have impressed me for the first time meeting. since then I will get excited to know you more. just you. it is you on my mind right now.

this is the guy
Mr. Bruno Mars
Amir Akmal bin Hazman
he is real.
:)
.
.
.
.
first time in the picture together
ai lebiu


thank you for loving me
too much

****

gambar di bawah saja-saja letak
hampir terlupa ekceli still ada benda ini dalam bilik saya

nak tanya pendapat
what should I do with those rings?
any idea?
I am lost count.


itu je bebelan buat masa ini hahahaha
lenkali update lagi dengan sedebuk
biar korang juling mata baca entry pasni
muahahahahahahaha
;pp



xoxo


update blog sambil tutup lubang hidung sebelah dengan tisu
(-_-)''

p/s: actually blog ini dalam draft hahahahahaha
ini baru nak publish post
:P

jap.
rasa ini entry paling panjang sepanjang karier berblog

11 COMMENTS:

nina asri said...

sume ade dlm stu entry
emosi2 lepas tu hepi ending
wah gitu.hehe
dpt jugak tgk Mr. Bruno Mars dia:)

Drunbella Khoo said...

berapa hari punya karangan neh?
hihihi.
entry cecah lantai.
btw, suka tengok cik sha dah ada pengganti.
o yeay.
(^___^)v

Encik Psychopath said...

get well soon.

kanan ok what ?comel.

miss lily said...

nak sulam kat baju?meh2 antar kat saya....huhuhu....

Anonymous said...

berpinar mata i baca sampai bwh sha. ish2.

byk i nk ckp ni. first thing first i sokong u nak serius dlm fotografi ni. sokong sgt. hehe.

dan i sokong jugak u mrh minah cina tu. errr..i bkn nk kate ape..tp maybe die xleyh trime die under seorang melayu. ops. termasuk unsur perkauman lah plak. tp i'm innocent sbb i half chinese. hehe.

and last thing is, happy for u sha. mmg mcm bruno mars. hehe. happy2 slalu k. cincin tu lau xnk jual je. hikhik.jht gle..

hah. amik. komen sedebuk juge. hahahhaha...

shikeen said...

alo bebeh...
kite kan da discuss...

kalau diorang kasik kau cincin tu,
jual je la...
dapat dwet g poye2.. :D

Shahira said...

nyna: hihi yeah ada gaya tak?
hahaha bagi dia ni perasan lebih sket :P

bella: tu karangan puas kot nak karang pk topik apa sekian terima kasih :D

Shahira said...

encik psychopath: heee thanks for reading.

miss lily: agak2 bape ek rate? abah saya cakap mahal wu.

Shahira said...

leya: tq sb sanggup baca entry pjg ni hahahaha.
i dgn minah cina tu tak bertegur pun. i pun malas nak tegur dia saja2. buat ape? buang masa je ekekekeke.

shikeen: alahai cincin tu mana laku nak jual tp humm aku ade dgr cerita lak from my mom. nnt gossip k.

miss lily said...

actually i x amik harga kedai, sbb kat kedai mmg mahal la..i amik merah2 jer...depands on warna dan berapa besar huruf 2...biasanya kalo tulis kat baju kecil jer...besar xcantik...tgk la kat blog i ada skit2 gmbr sulaman tulisan...

Shahira said...

okey thanks.
nnt i dtg melawat :D :D :D