Pages

Friday, March 19, 2010

peristiwa hari khamis


cerita di siang hari

hari ini sungguh memenatkan saya. ingatkan balik ke rumah home sweet home bebeh boleh bergoyang kaki sambil menatap Chapter II yang melambai-lambai suruh disiapkan. tapi rupa-rupanya kau balik for goods ek. at least you did something today :)

okayy saya bangun pagi dalam pukul 930pg setelah mata ini tidak mahu lelap. best tau tidur dalam hujan. korang pun tahu bagaimana nikmatnya berada di bawah selimut dan rasa sejuk-sejuk kalbu je ceh hahahahaha. mesti rasa malas hendak bangun kan? so saya turun je bawah emak sudah ajak makan nasi lemak ayam. peh terbaiklah sambil pekena nesface susu buatan emak. ini yang membuatkan saya sayang emak saya ini. pastu macam biasa aktiviti harian on laptop dan layan facebook dan blog.

ah sudah emak kat tepi sibuk suruh buka facebook. memang sudah menunjukkan minat yang amat mendalam kat facebook ini. silap-silap haribulan dia suruh saya create account lak T__________T itu bala namanya. jika emak daku bermain facebook, tiada lagi status berbentuk jiwang seperti "I miss you B" sebabnya akan ditukar kepada "Saya rindu emak saya" bhahahahaha tidakkah itu melawakkan hati?

selepas itu abah balik dari kerja terus tanya tidak sempat-sempat nak berehat "sudah buka website UMP?" ah sudah. hampir terlupa! sebab memang kemasukan jawatan baru sedang dibuka tapi tidak tahu bila tarikh tutupnya. tengok-tengok 21hb Mac. huuuu memang saya amat bernasib baik di situ. maka bermulalah adegan klik klik isi tempat kosong jawatan etc.

pastu struggle pula pergi cyber cafe untuk print out borang and then photocopy semua dokumen yang berkaitan. serius penat okayy sebab masa ini saya memang dalam keadaan rushing. gila. alhamdulillah semua sudah settle tunggu hendak pos by hand je terus ke UMP. hehehe terima kasih kat emak kerana sudi menjadi driver saya dan abah yang sudi mencari cop pengesahan sijil. uh terharu ^^

before that, my cousin has asked me my CV. he wants to help me by pass thru my CV to his friend at HR Petronas. wow. it is a big opportunity for me if I get any chance to be interviewed by this company. but I didn't put any hope on this. just try my luck. so did with BASF Petronas Chemicals. I did send my CV to the supervisor because she said I will get recommendation from the manager to the big boss. whatever it is, I felt very grateful :) I just pray for my future.

amin
fuh minta-mintalah mengena jawatan yang dipohon
at least panggillah saya untuk ditemuduga
please...!

****

cerita di malam hari

actually tidak berharap pun boleh keluar dengan Encik Ikhwan sebab takut dia busy dengan kerja. tapi memang berharap pun T__________T saya terharu sebab beliau sanggup balik dari Pekan ke Kuantan semata-mata hendak keluar dengan saya malam ini meskipun hanya sekejap saja. ini yang makin sayang ni *wink wink* kami keluar dalam pukul 840mlm. waaaa rindunya kat dia ini Tuhan saja yang tahu. memang obvious gila mata beliau merah dan banyak kali jugalah menguap. saya pun macam itu juga letih. tapi betullah orang cakap apabila masing-masing menatap muka orang yang disayangi, terus letih itu hilang. kesimpulannya malam ini sangat best dan indah eventhough kami hanya dinner dan drive thru McD. setiap saat dengannya amat berharga. I love you Encik Ikhwan :D :D :D

beliau dengan bagasi saya
KLIA 28 Februari 2010
+)

malam ini saya tidur agak lewat. saya pergi ke ruang tengah untuk on my laptop macam biasalah facebook dan blog. abah ada disebelah sedang ralat bermain game solitaire kat laptop lama sebab saya cam bunyi bila card itu sedang deck (--'') sedang saya menunggu desktop loading tiba-tiba abah berkata "nanti pergi kursus kahwin kat UTM kalau ada. awak mesti pergi tu."

erk? watta? serius? betul ke abah daku yang bercakap ini? ngahahahahahahaha. really unexpected. saya menjawap "eh, kenapa kat UTM? kat Kuantan tidak boleh ke?" "sini mahal mahu beratus, kat UTM kan murah sebab student package. lagipun bila masa nak pergi kat Kuantan? kan busy." saya pun usha usha kat website UTM. memang ada pada bulan April depan tapi... mahal...! RM100 per person. erk. kat Kuantan pun baru RM80. baik aku ambil kat Kuantan je. huhuhu. hati saya serius girang berbunga-bunga seperti bunga sakura sedang mengembang :) kena bincang balik dengan Encik Ikhwan pasal ini. hihihi.

satu cincin emas platinum untuk tunang
satu cincin emas untuk kahwin
pastu suami aku pokai
T________T

macam ini kot suasana kursus kahwin
orang cakap best
best ke tak?


sekian terima kasih aku mahu tidur mengantuk
kan betul tesis saya tidak ke mana
(--'')



xoxo


happy day

7 COMMENTS:

.ieLah. said...

haah la...kena amik kursus kawen..adehh

Shahira said...

Kt utm mahal la ielah.
100 hengget.
Baik amik kt ktn je br 80 skg.

YaMie said...

kat kuantan rm80 utk 2 hari, sabtu n ahad. bese kene book awal2 sbb slalu msti rmai orang. ada speaker yg bes ada yang menngalakkan mata untuk tutup dgn sndirinya. sekian terima kaseh

.:SeSwEeT LaVeNdEr :. said...

hehe..kursus kawen sies best.*gatal*

dulu anis ambk kt UMP je.time tu br thn 3.tp brpakat dgn rmate mau pegi same.bayarpn RM50 je.student package.hehe..siap xde test lg.penceramah lsume awak gle smpai nk tdo pown x sanggup.hehe =)

kalo bt kt lua..biase ade test..tp jgn risau sbb testpown senang je diarg ckp.just nk tau korang tdo ke x je time cramah 2.hehe

doakan sya dpt keje kt UMP 2..even ade krisis dlman byk..tp jgn risau..sume tmpt kerja ade krisis.hehe =)

Shahira said...

Hihihi thanks sis yamie for the info.
Nk kne amik borang dlu pastu kne tgk lak si ikhwan tu leh cuti ke x ari sabtu.
Adesss.
Msti sis yamie da g kan? :)

Shahira said...

Heee thanks anis :)
doakan sha dpt keje kat ktn.
Huhuhu ktn dihatiku wink wink.
Biaselaaa sme tpt ade krisis kan?
Jgn kte jd tukang kipas bontot org suda.

YaMie said...

hahaha memberi penerangan berdasarkan pengalaman hehehe