Pages

Saturday, December 18, 2010

financial security


I wanna be a millionaire so freaking bad
Buy all of the things I never had

eh hai salam sayang semua bloggers dan kengkawan dan juga blogger yang ter blogwalking ke blog Shahira and her L a tt e ini :D I am very sure that you all knew part of the lyric above right? yeahhhh Billionaire by Travie McCoy. siapa je dalam dunia ini yang tamau jadi billionaire? cuba cakap? hiks tapi mesti ada kekurangan contohnya kekurangan kasih sayang ke? ishhh tamau tamau saya nak kaya dengan kasih sayang kerana itu adalah priceless tapi duit still lagi penting dalam hidup. cuba cakap apa yang free sekarang? of course kentut. tu je yang free. aha sendawa pun free juga (-_-)'' apelah nak jadi dengan kau ni haa pengotor.

tajuk kat atas boleh tahan serius. okay mari kita berserius sekarang. I mean in this entry sebelum mata tuan punya blog ini melabuhkan tirainya sebentar lagi. sekejap je kan masa berlalu dah nak habis tahun 2010 *ayat cliche* apa entah yang haku sudah capai pada tahun ini aha itu akan ditulis pada entry yang akan datang jeng jeng jeng terasa surprise tak di situ? (--'') emm tahun depan sudah 2011. umur pun sudah suku abad huuuu. sempat ke tak nak menjengah ke tahun depan? Wallahualam...

apa yang saya nak tulis adalah perancangan kewangan saya pada tahun 2011. banyak yang teringin kepingin kehendak tapi bukan keperluan maka saya rasa perlu ditolak. I think it is enough with shopping ni. rasa contented. serius. rasa macam sudah takde benda yang hendak dibeli except for my dream handbag yang perlu juga dibeli untuk memuaskan rasa puas hati muahahahaha pastu bulan Disember 2010 ini adalah bulan last untuk saya shopping. janji weh janji. lets get more serious then...

tadi Emak tetiba tanya soalan cepumas: selalu tengok wayang berapa ringgit? erk? wuuu saya pun jawap lah RM6 atau RM7 tapi tak petik pun RM10 untuk box office mahupun RM15 untuk 3D if not mau kena dengar ceramah free T_________T'' aha tu belum lagi dengar harga kat KL tu. kalaulah Emak tahu Along marathon movies haritu sure kena membebel gak wahahahahaha selamat kau Along tak kena petik.

kelmarin pun tanya gak soalan berbau sebegitu rupa: awak ada duit ye makan kat tempat mahal-mahal, Starbucks? wuuu. senang je jawapan saya. saving lah. aha. saya rasa bulan ini saya save sedikit sebab jarang keluar dek busy dengan kerja tak hengat dunia maka untuk keluar beronggeng itu adalah mustahil sama sekali maka duit pun selamat duduk diam-diam di dalam bank. saya sedar gaji saya ni pun berapa lah sangat so saya fikir tak mungkin boleh survive dengan lifestyle saya yang macam ni. hemmm starting from next year I have to pay my own car payment, insurance payment bla bla bla.

so benda-benda macam ini buatkan saya berfikir agak lama gak lah. maybe saya patut tukar lifestyle saya kepada yang besederhana. contoh macam minggu lepas, almost everyday I went to Starbucks uhu nak buat macam mana sudah addicted. kena kurangkan ini maybe 2x seminggu ke? atau sekali seminggu? depends on the situation. and then saya ada budget sendiri untuk entertainment iaitu wayang. wayang tu wajib sekali seminggu. kalau dah sangap sangat, 2x seminggu pun boleh layan.

kesimpulannya di sini, kita harus bijak menabung. saya sudah lama kot tidak menabung. harap kat duit dividen je untuk enjoy cit. ehe dulu ada alasan sebab study so nak menabung celah mana? sekarang saya sudah bekerjaya jadi tiada alasan untuk itu. plan menabung pada tahun 2011 macam ni jelah kot secara kasarnya dalam sebulan:

1. ansuran kereta : RM 500
2. insurans : RM 100
3. Yayasan Pahang : RM 100
4. segala macam bil : RM 100

wow sudah RM 800 kat situ. itu baru acara membayar hutang piutang keliling pinggang yang confirm sampai ke tua kaw takkan habis bayar weh! mana treat untuk diri sendiri?

1. entertainment : RM 100
2. macam-macam : RM 100
3. minyak : RM 100
4. topup : RM 50
5. makan : RM 200

boleh percaya ke RM550 je? lets try on the first month of 2011. kalau berjaya diucapkan tahniah lah awal-awal kepada diri sendiri wakakakakakaka :D :D :D itu baru belanja untuk diri sendiri. jadi total campur kesemuanya?

RM 800 + RM 550 = RM 1350

satu nilai yang agak besar untuk dibelanjakan dalam masa sebulan. well, just wait and see okay whether my plan is working or not but I hope it is. uhu lets hope beramai-ramai amin! erm mana saving kaw? saya target nak saving RM200 sebulan uhu dapat ke tak? lepas ke tak? saya plan tahun depan nak tutup ASB sebab hmm ada bukti yang cakap investment non-syariah compliance so saya tak berani nak ambil risiko uwaaaa sebab duit ini bukan boleh kira. sekali asal usul haram kang terus jadi darah daging kawww (-_-)'' jawap lah masa kat Akhirat kelak...

1. Tabung Haji : RM100
2. Unit Trust Fund : RM100

aha itu je plan secara kasar. takde benda pun. macam baby yang baru nak belajar berjalan macam tu juga lah saya baru belajar nak plan hidup sendiri. either I get to manage myself well or not? before I get to manage someone else whom is my husband eh eh tergatal lak kat situ. insya Allah within 5 years? yeah lets pray hard agar Cik Sha kita ini cepatttttttttttt mendirikan rumahtangga ehe itukan doa. meh kita sesama aminkan. amin :D :D :D

gambar kat bawah ini adalah peta negara Australia. saya teringin sangat nak pergi kat situ. if tak dapat further study, pergi melancong pun jadilah. ada juga plan dengan my junior nak pergi ke Perth, Australia hujung tahun depan. kena tunggu promo dari Air Asia lah nampak gayanya heeeee. apa lagi marilah menabung daripada sekarang! kenapa mengapa Perth? sebab senang semua sudah lengkap. accomodation. transportation. lengkap! hanya bawa diri dan $$$ sahaja ngeh ngeh ngeh (:

Perth, Australia
tunggu aku pada tahun 2011!!!
see you next year!

ehe entry ini macam berilmiah sedikit. yelah kena juga sekali sekala berserius di dalam arena blog eh tetiba. esok saya shift petang sebab tu boleh berjaga lagi. tak sedar diri tu demam so kalau demam kenalah tidur awal sengal! since saya berehat daripada puasa selama 2 hari, maka esok nak breakfast nasi lemak kukus dengan telur mata yummy~~ harus wajib bangun awal untuk breakfast pastu tidur balik ngahahahaha. silalah lempang diriku ini (--'')


setakat ini sahaja update!
buhbye!


xoxo



nak minum milo ais!

5 COMMENTS:

Rebelle Me said...

wahhhhh..
dah ada financial planning!
hope i'll do one for me soon!

2011 is around the corner! (:

Lia3003 said...

hm, okeylah tu, saya ni potong2 gaji, dalam tangan secara lembut eh kasar dam rm100.. huhu, camne nak kawen ni.. adeii

shiela-suka-suki said...

ehemm..pemberitahuan di sini..
tgk wayang pada hari rabu = RM 7
2 kali tgk = RM 14
jimaatt bukan...
lagipun along bukan tgk setiap mggu,
sebulan skali....
lagipun along guna duit ronggeng2 aka dividen ASB yang masih tersimpan sket lagi...hehehe..dh nk ujung tahun ni..belanja la sket...hehe.sekian terima kasih.

mimi mn said...

sama tapi I menabung untuk pergi Europe trip hihi

Shahira said...

rebelle me: yeah senang da ada plan so kite tau mana duit kite tu pg.

lia3003: ehe takpe awak keje as cikgu kan? nanti naikla gaji tu :D

shiela: hemohhemoh marah nmpk? muahahahahaha.

mimi mn: hiks yeahhhh europe trip pn ada dlm my schedule tp rsnye tak mampu on 2011. maybe next 2 yrs? :D