Pages

Thursday, December 9, 2010

satu entry pada malam Jumaat


wink wink
cuba teka umur saya berapa?
ngeh ngeh ngeh
budak enam belas tahun pun kalah tawwwww
kelihatan 8 tahun lagi muda kan?
:P

ehe hai. gambar kat atas takde kena mengena. saja je nak buat kengkonon teaser entry muahahahaha sebab kengkawan baru cakap saya ni kelihatan muda. awwwww. rahsianya? takde botox takde vitamin C. apa yang diperlukan hanya senyum selalu dan ketawa. sebab itu rahsia awet muda tawwwww. saya tak tipu itu betol sebab buktinya seperti di atas hak hak hak :D :D :D dan lagi satu. petua. ini bagus. selalulah berwudhuk kerana dapat menjernihkan air muka seseorang. amin... semoga saya dikalangan orang-orang yang beriman. uhu. muhasabah diri sebentar.

saya baru je balik dari keluar tadi bersama dengan Cik Diela Lalink since 2ptg. wow. lama sungguh kami keluar jenjalan. ekceli hajat nak teman dia servis kereta je tapi banyak pula agenda lain selepas itu. window shopping. make up testing. girls talking. apa lagi? makan-makan. pastu selamat sampai rumah sakit perut. sekarang ini saya lapar balik T_________T sobs kat rumah takde makanan. selamat berlapar Shahira! emm ada banyak benda nak saya tulis. tentang itu tentang ini tapi tak tertulis lagi ni. ini sudah perenggan kedua. agak-agak berapa perenggan ek dalam entry ini? uhu.

saya nak kongsi satu cerita. dan juga satu perasaan saya. korang mesti ada harapan dan cita-cita kan? mesti banyak kan yang tak tercapai lagi? samalah saya juga. sekarang ini saya bersyukur dengan apa yang saya sudah capai pada umur 24 tahun. cuma orang cakap rezeki masing-masing kan. maybe rezeki saya lebih kat situ, terkurang kat sini. takde siapa pun tahu kecuali Allah. bila-bila masa je Dia boleh tarik rezeki kita. uhu Nauzubillah janganlah saya kufur nikmat (-_-)'' saya tak terfikir pun boleh habis pengajian sarjana pada umur 24 tahun. saya tak terfikir pun boleh mendapat peluang merasai pengalaman belajar di Jepun walaupun sekejap. selama ini saya asyik duk cakap "bestnyaa kalau aku dapat belajar kat oversea." and Alhamdulillah orang cakap pucuk dicita ulam yang mendatang.

itu rezeki semasa saya belajar. rezeki semasa bekerja pun kita tak nampak. semasa saya mula-mula bekerja, rasa agak tertekan dengan keadaan sekeliling orang yang tidak memahami. peluang pekerjaan itu banyak tapi nak dapat tu sangat susah. kalaulah saya ini seorang yang memilih kerja, sudah tentu sampai sekarang saya masih menganggur. tidak buat apa-apa. Alhamdulillah saya sekarang sudah bekerja hampir 3 bulan dan sudah dapat confirmation letter. and I got an increment for my basic salary. wow that is unexpected! ini orang cakap rezeki kot? okaylah gaji taklah sebesar mana tapi slow-slow saya start daripada bawah. saya juga struggle nak masuk di dalam government tapi itulah bukan rezeki saya pada masa ini.

saya tertarik dengan satu artikel yang orang ramai shared di Facebook. pasal Istidraj. apakah itu Istidraj? Istidraj ialah satu kalimah, yang sering merujuk kepada satu keadaan seseorang yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah di dalam kehidupannya. walaupun dia bukanlah hambaNya yang taat, malah seorang pelaku maksiat yang tegar. kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat Istidraj? maksud Istidraj ialah apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh daripadaNya. contoh manusia yang mendapat Istidraj ini ialah Qarun.

emm. gerun lak membaca artikel tersebut. artikel itu membuatkan saya tertanya-tanya kepada diri sendiri, adakah aku termasuk di dalam golongan yang mendapat Istidraj? saya sedar kekurangan diri ini dan mengharapkan agar diri ini tidak terpesong daripada jalan lurus kepadaNya. Wallahualam... saya hanya berharap dan banyak berdoa kepadaNya agar saya bukanlah di antara manusia yang mendapat Istidraj. humm saya sudah melalui banyak pengalaman suka dan duka. bukan senang kita nak menjadi senang. ada saja halangan sebelum kita dapat menjadi senang. pelbagai ujian yang getir kita akan lalui untuk menjadi senang dan berjaya. mudah-mudahan rezeki saya tidak putus-putus selepas ini. Insya Allah...

****

okay sesi untuk muhasabah diri sudah pun selesai. hanya pada entry ini tapi bukan untuk diri sendiri taw uhuk. saya nak cerita pasal filem Aku Tak Bodoh. sempat gak tengok dengan Cik Hana malam semalam. sudah lama gila kot tak chill dengan beliau wu akibat kesuntukan masa dan memang takde masa yang sesuai T_____T'' ingatkan wayang start 925mlm tapi 945mlm hahahaha bengot kot otak haku ni padahal diri sendiri yang beli tiket huaaaa. tulah namanya angau kat Mr. Bruno Mars. wu rindu :( ehe tetiba terselit lak adegan angau ni.

okay back on the track. filem ini terbaik woo. bukan tipikal. memang tak rugi pun kalau tengok. kalau tak tengok tu memang rugi. adei lawak dia bukan lawak spastik tapi memang lawak ah. kena tengok. jalan penceritaan memang logik. sebab saya kan pernah menjadi remaja yang sedang membesar satu ketika dulu so memang betol lah. dan part yang paling lawak pasal pregnant hahahahahaha. mujur semalam harga tiket murah je RM6. satu panggung kot gelak ketawa terkekek kekek sebab memang lawak unexpected.

orang cakap Hantu Mak Limah Balik Rumah best. dan Ngangkung. wu. nak tengok ke tak ek? weh Narnia pun tak tertengok lagi (--'') pastu Tron Legacy dah nak keluar dah minggu depan huuuu sabau Sha sabau. wallet lak semakin menipis dan terus menipis sobs. jadi selepas ini memang kena budget betol-betol nak tengok cerita apa. jap layan trailer Hantu Mak Limah Balik Rumah sat kat Youtube. hahahahaha padanlah daripada penerbit filem Zombi Kampung Pisang, Mamat Khalid. okay a must watch movie. kena tengok ni. pelakon utama Awie. boleh tahan gak lawak tengok trailer hihihi.

kepada Mr. Bruno Mars: you nak tengok tak?
wakakakakaka.

Aku Tak Bodoh
banyak pengajaran kita boleh ambil
selain daripada senak perut gelak sakan
hihi

****

saya keluar petang tadi. hajat nak servis kereta. teman Cik Diela servis kat Proton Edar di Semambu, Kuantan. dengan laparnya. huhhhh harap je buat appointment pukul 230ptg tapi macam tak buat jek. bodoh punya service. punyalah tunggu sampai ke pukul 5ptg alik-alik kereta tak tersentuh lagi. tak ke tersentap beliau dengar keretanya langsung tak terusik? aku ni lagi lah tersentap sebab siap tertidur lagi weh. mujur okay mujur Cik Diela pergi tanya. kalau tak tanya? mamposlah kiteorang tunggu sampai bengkel tutup. macam haram! dan dah kena sedas. tu baru sedas. belum lagi perli kuat-kuat. adoi. buat bengang je. ni kalau bagitau takpe tapi ni tak. dahla tak bagitau. nak tunggu customer tanya baru terkial-kial nak pergi tengok.

memang bodoh lah. free free je kena sindir nak sound. kita ni nak tolong orang Melayu. nak support orang Melayu. tapi kalau dah macam ni perangai orang kita, camne nak tolong? service langsung tak bagus. padanlah orang condemn habis-habisan kalau orang kita, orang Melayu yang buat kerja. duit nak! kerja elok-elok tanak! eiii geram betol aku. dahla tunggu dalam kesejukan. lapar lak tuh. orang lapar cepat emo tau! memang betol pun. hu.

selepas sudah habis cursing, kami pergi lunch campur dinner kat Shila Cafe. wow! memang makanan bombastik kebabom best hekhekhek. mujur makanan best. dapat meredakan kemarahan yang melanda pada diri masing-masing wakakakakaka ;pp saya makan nasi goreng USA. licin woo. Cik Diela lak makan nasi beriyani ayam. uhu pun licin gak. nampak sangat kan kami berdua ni lapar (-_-)''

pastu pe lagi. terus window shopping kat East Coast Mall dan Berjaya Megamall. yang paling best make up testing. heee bermain-main dengan BB Cream. saya macam berkenan kat pressed powder Maybelinne yang ada 2 in 1 dengan BB Cream. pakai rasa halus je kulit muka muahahahaha kena masuk dalam wishlist ni. dan lagi satu ialah Maybelinne Hyper Diamonds Eyeshadow. uwaaaa mentarik hati untuk membeli. siap dah test kat mata sendiri. hihi. memang nampak mata saya menjadi lebih kecil dan sepet sedikit *ehe perasan betol* okay sudah masuk di dalam wishlist dan wajib beli pada tahun depan apabila gaji masuk yeayyy :D :D :D

nak perasan baru balik dari London
ecehh padahal tak pernah pergi lagi
T________T''

Maybelline Hyper Diamonds Eyeshadow
RM29.90 kot kalau tak silap harga
nak beli nak beli!!!

****

huuuu saya dulu kan pernah berjanji nak update exchange link tapi tak ter update. entah bila weh. tapi jangan risau saya ada je blogwalking hihi. nanti mesti update suatu hari akan datang! itu janji saya. kalau nak exchange link, boleh klik pada label STICKY ENTRY. haaa kan situ boleh drop by comment, okay? aha saya dapat berita gembira weeee. saya bakal jadi makcik! yeayyy!!! my best friend, Puan Ain telah pregnant wuuuu. haritu Puan AJ bunting pelamin. hehehe sudah tak lama sudah boleh berangan pegang anak sendiri weh Ain. congrats yang! pasni kau tak boleh dah nak ganas-ganas semasa beronggeng. dan yang penting mesti kau lagi chubby kan mengembang kan? wakakakakakaka jangan marah muah :P

Puan Ain dan si suami pada hari perkahwinan
mula-mula segan
sekarang sudah tidak segan lagi di depan haku
(--'')

****

tadi survey handbag. humm sudah lama tidak blogwalking ke blogshop. teringin lak nak handbang baru. terasa macam nak beli je Guess tapi macam bosan lak. pattern semua sama dan huhhhhh amat membosankan. haku tengok je pun dah bosan. tu baru tengok. belum lagi pegang. and then kalau boleh nak lah beli jenis kulit terus. tamau dah PVC. tak tahan. sekejap je boleh tertanggal dan bakal membenci beg tersebut huk. saya berangan dalam hati nak beli Marc Jacobs tapi harga weeehuuuu buat mata juling je. makin juling @_@ waaaaaaa. camno ni? PaMa sudah tidak memberi kesan. kang kalau beli Coach kang ada je mulut bertanya secara sinis "eh beli kat Petaling Street ke?" weh tak ke tu buat diri sendiri naik hangin? haku beli mahal-mahal kau tanya beli kat PS? adoi mentaliti orang Melayu. tipikal. ceh.

Marc by Marc Jacobs Classic Q Hillier Hobo
mesti dapatkan juga by next year!
biarlah mahal pun asalkan berbaloi!

okaylah setakat ini saja saya membebel. sekarang serius saya lapar tahap gaban. wuuu emm makin gemuklah saya nanti T_T dahla lama tak timbang pastu dengan suka hatinya merasakan berat maintain 54kg cehhhhhh ayat nak mensedapkan hati uhuk. till next time okay saya menulis lagi ehe. entry THE PROJECT pun entah ke mana kan Sha pemalas?


xoxo



tengah tunggu call penting
rindu

6 COMMENTS:

paai said...

i like ur blog.awk g sna stdy cos ape?dgree or master?

Shahira said...

ehe thanks :D :D :D
saya ke sana study course development technology.
spec dlm environment.
heee pg utk study master.

LustfulLuv said...

saye pon suke blog awak jugak..?? awak suka blog saye tak..? =p ure the best dear!!

it is hard said...

aku pun terpk adakah aku di golongan istidraj tu..kan...ish..takut je.

Shahira said...

heee tengs sygkuw afie.

Shahira said...

tulah hana.
humm aku pon takut T_T