Pages

Monday, May 17, 2010

being alone


"Being lonely person doesn't makes you a pathetic person"
- Nurul Shahirawati

Chiyoda, Tokyo
Autumn 2009

wah wah sesedap rasa je saya reka quote di atas. well, quote itu daripada pengalaman saya sendiri. hari ini saya nak berceloteh pasal loneliness aka bersendirian. pernahkah anda merasa sunyi? pernahkah anda mengalami situasi sebegini. keluar sensorang. makan sensorang. shopping sensorang. cakap sensorang eh tak tu gila. tengok wayang sensorang. duduk kat rumah sensorang. haaaaa. pernah tak? sekarang saya mengalami situasi sebegitu rupa.

saya ada famili. saya ada kekasih hati. saya ada sahabat handai. tetapi mengapa tetap juga sensorang? macam sekarang nilah duduk kat rumah sensorang. emak dari pagi tadi pergi sekolah sebab ada sambutan hari guru sampai sekarang tidak balik lagi T_______T sedih betol. hari ini je sudah 4 atau 5 kali emak saya call. tanya itu ini. rasa bersalah kot sebab tidak membelikan saya sarapan. yaaaaa. sarapan pun saya kena beli sendiri. hidup berdikarilah katakan. actually tu bukan sarapan tapi sarapan + lunch = brunch. simple kan my life?

kekasih hati aka Encik Busy amatlah busy dengan kerjanya. last keluar hari Isnin minggu lepas. tsk. ingatkan semalam dapatlah keluar tapi beliau penat so saya pun memahami (--'') okayy dia call saya, kami borak-borak. kebetulan juga semalam black out so terasa romantik sekejap ceh. padahal dengan kepanasan dan telinga ini berdesing dengan nyamuk nak cari makanan. kawan-kawan pun hampir semuanya telah bekerja. aihh bilalah saya nak dapat kerja ni kan? ummm. so kalau nak jumpa pun mestilah pada waktu malam ataupun weekend. so if nak keluar weekdays pun macam takde sesiapa yang boleh teman.

sebab itu sekarang saya lebih selesa sensorang kot. tak kisah pun. sudah biasa sebab adik beradik pun 2 orang so tak terasa sangat. my sis now in KL. haha best betol jadi anak tunggal ni. orang cakap campak saya mana-mana pun boleh survive. betol ke? yes. buktinya saya berjaya sampai ke Hiroshima, Jepun tanpa bantuan sesiapa pun. just myself yang struggle mencari itu ini. pengalaman mengajar kita berdikari :)

best apa tengok wayang sensorang. saya start masa tahun 2008. ingat lagi tengok wayang Dunia Baru The Movie kat Midvalley. hahahaha masa tu terasa loser gila kot. ada bf tapi jauh sebab masa tu saya still kat Bangi, final year student. hehehe last tengok wayang sensorang ialah Iron Man 2 last week. well, I still enjoyed the movie.

saya pun suka je shopping sensorang. jalan-jalan sensorang. macam nikmat kot. masa inilah terapi untuk diri sendiri. you should try on and then tanya diri sendiri best ke tak? hahaha. bagi saya takde masalah pun. kat UTM pun sensorang je all the time. drive ke JB pun sensorang. siapa cakap sensorang tak boleh survive? so don't being afraid if you are alone. being alone doesn't makes you a pathetic person :D :D :D



xoxo


cheers

6 COMMENTS:

TiTin said...

i skang ni pun byk sorg2 je...byk bnda yg bole kite belajar bile sorg2 niii...bole jd independant...

Shahira said...

haaa yup :)
ok what sorg2.
independent woman babe.

YaMie said...

lagi seronok kot sorang2, it's like..wahh!!! hebat nye pompuan tu sorang2, salute la

Shahira said...

yeahhhhh :D
bole je idop tanpa lelaki.
ecehhh :D

Anonymous said...

weh,, ko tgk iron man sensorg? huhuk.. nape x ajak aku? aku sbnrnya nk tgk, tp xd org nk temankan -hafeeza-

Shahira said...

hahaha.
aku tgk ms weekdays lah.
ko kan keje.
aih.