Pages

Thursday, January 21, 2010

5 bandar kos sara hidup termahal di dunia 2009



sila klik link di atas untuk baca dengan lebih lanjut. lepas dah puas baca nak klik link ke businessweek pun boleh tapi dalam versi English. huhuhu. gerun kot lepas baca. hati ini tidak mahu terima hakikat tapi Sha kau kena percaya pada hakikat sebenar! dan-dan lagi kau kat Jepun (--'')

5 bandar yang menjadi bandar kos sara hidup termahal di dunia:

1. Luanda, Angola (ingatkan Angola negara miskin ngehehehehehe)
2. Tokyo, Jepun
3. Nagoya, Jepun
4. Yokohama, Jepun
5. Kobe, Jepun

gulp. lihat lihat. bandar kat Jepun pun dah menguasai carta top 5. memang tidak dinafikan student yang datang sini dapat scholarship paling kurang pun 130 000 yen atau dalam RM4900++. sini memang super duper high cost living. huuuuuu. mujur saya kat sini duduk kat kampung je kot. oh saya sayang Saijo, Hiroshima. terima kasih kerana membuatkan poket saya tidak kempis sangat meskipun bakal kempis tidak lama lagi T_____T

saya sudah pun menjejakkan kaki ke Tokyo dan Yokohama. huuuu rasa cemburu jugalah pada coursemates saya yang sudah pergi ke Nagoya dan Kobe sobs. saya akan sertakan perbelanjaan yang mereka estimate. hmm. lihat angka pun sudah ngeri.

Shibuya
Tokyo

Tokyo, Jepun
(rank 2008: 13)
1. tiket wayang RM64.60
2. lunch RM65.68
3. mesin basuh (perlu ke mesin basuh?) RM 2989.97
4. 1 kg beras RM 28.49
5. 1 tin coke RM5.90

okay ini saya sertakan perbelanjaan saya seminimum mungkin semasa saya berada di Tokyo. bayangkan saya berada di sana dalam 5hari 4malam kira-kira 80 000 yen atau RM 3200++ dibelanjakan hanya untuk hotel dan transportation yaaaaaa. makan lain kira (--'') heee tapi tiadalah mesin basuh kwang3. ini perbelanjaan seminimum mungkin ya.

Tokyo, Jepun
1. pakej tiket keretapi 1hari RM 58.07
2. lunch & dinner RM 36.75 setiap satu (ini pun habis ikat perut dah)
3. makanan ringan RM 58.79
4. tiket main roller coaster per ride RM 36.75
5. 1 botol coke 500ml RM 5.15

sekarang kita lihat estimation for Yokohama City pula. saya berada di sana selama 5hari 4malam dan berhabis 30 000 yen hanya untuk transportation dan makan sahaja (-_-)'' mahal laaaaaaaa nyah! mujur tempat tinggal free je tapi still lah bayar sedikit kat kohai kawan saya itu sebagai tanda terima kasih. arigatou ^^

Minatomirai
Yokohama

Yokohama, Jepun
(rank 2008: 15)
1. tiket wayang RM 62.36
2. lunch RM 57.72
3. mesin basuh RM 3069.82
4. 1 kg beras RM 21.18
5. 1 tin coke RM 3.98

heeeee mari kita lihat berapa pula perbelanjaan saya untuk seminimum mungkin.

Yokohama, Jepun
1. tiket wayang RM47.84 (itupun sebab girls' day)
2. lunch & dinner RM36.75 setiap satu (better than Tokyo)
3. cafe latte Starbucks RM 16.80
4. transportation (bas, teksi, keretapi) RM73.61
5. locker RM42.33

so amacam? ada gaya orang kaya berbelanja tak? jangan buat hal di Malaysia sudah, mengada-ngada nak tengok wayang gold class. ecehhh. aduhai. so saya kat sini mengamalkan sister bila berbelanja tolong jangan convert wahai otakku. jika diconvertkan maka tidak berbelanjalah saya. heeeeee. saya just convert bila hendak beli gajet sahaja. dan saya akan set in mind yang 100 yen = RM 1.00 padahal secara realitinya 100 yen = RM 4.00

duduk sini memang kena bijak berbelanja tapi secara jujurlah kan, memang tidak terasa pun anda belanja mewah sini sebab memang dah high cost living. entahla saya pun tatau nak komen macam mana. anda kena rasai sendiri.

okelah itu saja!




xoxo


bakal menteri kewangan mode

4 COMMENTS:

Cik Puan Drunbella said...

omaigod.
Serius mahal gila.
harga mesin basuh da macam harga moto.
^___^

Shahira said...

heeeee.
tahu xpe.
sobs.

fafa said...

god!!
kalu i dok sne..i tak thu how to manage money.
tah2 langsung tak kuar duit kot.
hehe.

Shahira said...

huhu.
if u duk sini surely do rambang mata sbb brgnye sgt tertarik hati utk dibelanja ^^